Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Fesyen

Swarovski Lantik Bella Hadid Jadi Wajah Depan, Koleksi Ini Pilihannya!

by Soph.Azz
May 10, 2022
Foto - Swarovski

Foto - Swarovski

11
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Tahniah pada Bella Hadid dan Swarovski, memang ramai yang teruja dengan berita ini!

Kempen yang diarahkan oleh pengarah kreatif Swarovski, Giovanna Engelbert dan dirakam oleh jurugambar; Mert Alas dan Marcos Piggott, Bella telah dipotret dalam gambar yang berwarna-warni. Dipadukan pula dengan kristal berkilauan Swarovski, memang nampak sangat mewah!

View this post on Instagram

A post shared by SWAROVSKI (@swarovski)

“Kami (Swarovski) memilih Bella kerana dia memiliki sikap individualistik dan transformatif bagi generasi global baharu. Daripada watak sporty hingga ke glamor, dia berjaya bawak semuanya tanpa perlu ubah siapa dirinya sebenar. Sangat yakin dan berwibawa!”, kongsi Giovanna.

Dalam kempen tersebut, supermodel ini telah mengenakan ear cuff, rantai leher chuncky, stud earring, dan cincin yang berbentuk oktagon. Semua boleh dilihat dalam warna berbeza seperti kuning, merah jambu, biru, hijau dan putih.

Foto – Swarovski

Sporty Bella: Sesuai untuk tonjolkan keyakinan dan keberanian. Untuk gaya ini, Bella memakai anting-anting Matrix dan rantai leher; Harmonia, Millenia dan Ortyx.

Foto – Swarovski

Sweet Bella: Bukan hanya untuk sisi feminin, warna merah jambu ini boleh tonjolkan juga sikap memperkasakan wanita. Bella memilih gelang Lucent, cincin, ear cuff Lucent, rantai leher Millenia dan Gema serta stud earring Orbita.

Foto – Swarovski

Cool Bella: Mewakili perspektif yang segar dan warna kehidupan yang baru untuk generasi moden. Pilihan Bella adalah rantai dan gelang Millenia, anting-anting Gema, gelang Lucent dan clip earring Millenia.

Foto – Swarovski

Bohemian Bella: Sesuai untuk personaliti yang tenang dan ceria. Bella mengenakan gelang dan rantai Millenia serta gelang dan cincin Lucent.

Tahniah sekali lagi pada Bella Hadid dan Swarovski!

BACA:  Hadiahkan Barang Kemas 5 Jenama Ini Sempena Hari Kekasih, Confirm Si Dia Makin Sayang!
FILED UNDER bella hadidSwarovskiswarovski jewellery
Share4SendShare

Trending

  1. 1

    Tanghulu Buah Bersalut Gula, Manisan Kegemaran Orang Cina Yang Mudah Dibuat

  2. 2

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  3. 3

    Macam Mana Nak Goda Suami Di Ranjang, Biar Teruja Setiap Kali Bersama

  4. 4

    Masih Lagi Ada Orang Pakai Tabita Skincare Walaupun Produk Beracun

  5. 5

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.