Musim panas bakal bermula apabila Chanel melakukan pertunjukan fesyen di tepi laut yang terletak di hotel Monte-Carlo Beach, Monaco.
Sambil menghadap laut Perancis dan tetamu seperti G-Dragon, Kristen Stewart dan ramai lagi mula mengambil tempat masing-masing. Duduk di atas kerusi pantai sambil menyaksikan model peragakan koleksi Cruise 2023, memang cukup glamor!
Direka oleh Virginie Viard, koleksi ini menampilkan 67 gaya yang diinspirasikan oleh pakaian pantai koleksi Musim Bunga Chanel 2022.
Dalam koleksi Cruise ini ada baju jalur, jumpsuit yang dilapisi dengan kain terry, pakaian renang dan gaun maxi. Setiap gaya ini diserikan dengan sulaman labuci serta hiasan bunga.
Bukan itu sahaja, koleksi ini turut menarik perhatian ramai kerana pakaian sporty yang berikan gambaran perlumbaan Formula 1. Antara koleksi pakaian sporty adalah jumsuit, jaket biker, blaus chiffon dan skirt.
Kongsikan dengan DIVA, mana satu gaya yang menjadi pilihan kamu?