Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Selebriti

Setakat Cantik Tapi Berlakon Hambar, Peminat Persoal Bakat Zendaya

by Iza B
May 8, 2022
Foto - Glamour

Foto - Glamour

41
SHARES
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Soal kecantikan, fesyen dan keperibadian Zendaya tidak perlu dipertikaikan lagi. Beliau sering membawa aura glamour, klasik dan friendly pada sesiapa sahaja yang menatapnya. Lebih lagi bila dilagak karpet merah yang terlihat penuh yakin, tiada apa yang kurang tentang aktress yang berusia 26 tahun ini.

Seusia tamat mengikat kontrak dengan Disney kira-kira 10 tahun yang lalu. Bersama pengalaman siri lakonan sitcom dan muzikal ketika zaman kanak-kanak, kini Zendaya mula mencuba untuk mengusai lakonan yang lebih matang.

Foto – SHADOW & ACT

Seperti yang kita tahu, beliau bersinar ketika filem The Greatest Showman pecah panggung pada tahun 2017. Mulai saat itu, nama Zendaya menjadi bualan bukan sahaja dari penonton kotak cermin Disney.

Lakonan hambar? 

Muncul sebagai kekasih superhero Spider-Man dalam siri Marvel, beliau menerima reaksi positif dari peminat. Terutamanya bila Zendaya dan Tom Holland dikatakan sepadan.

Namun, setelah tiga filem Spider-Man ditayangkan, Mary Jane versi Zendaya kurang diperdengar dan seolah-olah tiada beri impak pada filem tersebut.

Foto – Vanity Fair

Begitu juga dalam filem Malcom & Marie, ada yang berpendapat Zendaya kelihatan berlebih-lebih dalam dialog filem tersebut. Dari pemerhatian DIVA, bila ada sahaja klip filem Zendaya dikongsi di media sosial, muncul ulasan-ulasan netizen yang tidak puas hati terhadap Zendaya.

She’s just meh. Bland. I only notice her in anything because of how dull she inevitably makes any scene is in. She doesn’t seem to have any range.

Watak yang dipegang..

Bukan hendak back-up Zendaya tapi kalau kita lihat banyak watak yang diberikan pada beliau agak tenggelam. Sebagai contoh, karakter baru Mary Jane dalam Spider-Man. Kaku, janggal dan dialog yang flat sahaja.

Mungkin Zendaya tidak dapat menyampaikan karakter sebegitu dengan baik

Foto – Tatler Asia

Berbanding dengan watak siri yang dibawa dalam Euphoria iaitu sebagai Rue Bennet. Bermain dengan dinamik, emosi dan perubahan watak yang dilihat natural. Sampaikan boleh menang anugerah sebagai Outstanding Lead Actress pada 72nd Primetime Emmy Awards 2020!

Jadi, bukan bakat yang perlu dipersoalkan tapi kesesuaian watak perlu diambil kira juga untuk menjadikan Zendaya seorang aktress yang bagus.

Zendaya jawab isu..

Ringkas tapi padat, beliau tidak menunding jari pada sesiapa tapi hanya serah kepada ‘tepuk dada, tanya selera’.

Foto – Quora / Therealzendaya

Masih banyak lagi ruang yang boleh diperbaiki oleh Zendaya sebenarnya. Jadi peminat atau pengkritik boleh lihat sendiri perubahan yang dilakukan oleh beliau. Secara peribadi, DIVA tak sabar melihat character development yang dibawa oleh Zendaya dalam filem saga Dune: Part II.

Apa pendapat anda? Adakah Zendaya seorang pelakon yang baik tetapi tersalah memilih karakter atau memang ‘kayu’?

Tags: filem zendayalakonan zendayazendaya
Share16SendShare

IKLAN

Artikel Berkaitan

Foto - Getty
Selebriti

Transformasi Baru Millie Bobby Brown Mengejutkan Peminat

by IamLisa
May 17, 2022
0

"OMG! Ini Millie Bobby Brown ke?" Pelakon British Millie Bobby Brown mula-mula mendapat pengiktirafan awam untuk peranannya sebagai Eleven dalam...

Baca Lagi
Foto - @itsmaria.chantal (IG)
Selebriti

Siapa Chanty Videla, Aktres Filipina Bakal Debut Dalam Kumpulan K-POP Lapillus

by Opie Azizlan
May 13, 2022
0

Pasti ramai yang tertanya-tanya selepas melihat wanita yang tinggi lampai ini kan? Kalau kamu nak tahu, wanita tersebut adalah aktres...

Baca Lagi
Foto - Japan Times
Selebriti

Tak Lagi Jadi Puteri Jepun, Ini Yang Dilakukan Oleh Puteri Mako Komuro

by Opie Azizlan
May 3, 2022
0

Fakta: Wanita daripada kalangan keluarga diraja Jepun perlu lepaskan status diraja mereka jika berkahwin dengan lelaki biasa. Manakala lelaki daripada...

Baca Lagi
Foto - Celebrity Okezone
Selebriti

Berjaya Turun 7KG Selepas 9 Hari Lahirkan Anak, Nikita Willy Lakukan ‘Ini’

by IamLisa
April 26, 2022
0

Lumrah untuk setiap wanita, sesudah melahirkan anak, mereka kalut memikirkan cara untuk menurunkan berat badan. Dan sudah menjadi asam garam...

Baca Lagi
Artikel Selanjutnya
Diva MY

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: [email protected]




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.