Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Kecantikan

Bawa Sunscreen Stick Bila Travel, Ketahui Kelebihannya

by Indah Aziz
May 8, 2022
Foto - Be Ecocentric

Foto - Be Ecocentric

88
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Semua dah tahu pemakaian krim pelindung matahari wajib terutamanya bagi mereka yang sering terdedah dibawah sinaran matahari. Ia membantu mengurangkan kerosakan kulit seperti pigmentasi, kedutan halus dan kemerah-merahan. Jadi kalau anda memang jenis tak pakai sunscreen memang rugi!

Jika anda belum tahu, sebenarnya sunscreen atau sunblock bukan ada dalam bentuk krim atau cecair sahaja. Kini, sunscreen jenis stick mula memonopoli jualan kerana ia lebih praktikal, mudah digunakan dan paling penting sangat sesuai ketika travel.

Senang disapu

Menariknya tentang sunscreen stick ia mudah disapu pada kawasan tersorok seperti celah hidung, bawah mata dan belakang telinga. Bentuk sunscreen yang keras boleh dilayangkan pada kulit dengan pantas. Anda tak perlu meratakan menggunakan jari pun.

Masalah terlebih picit krim sunscreen pun tiada lagi. Lebih jimat guna stick  sunscreen dan tidak mengalami sebarang risiko botol bocor atau tumpah ketika travel.

Foto – Sephora

Rajin nak re-apply

Apa yang DIVA paling suka dengan sunscreen stick, ia buat kita rajin untuk sentiasa re-apply sunscreen pada kulit. Hanya buka sunscreen dan sapu begitu sahaja. Tangan tak melekit dan jimat masa.

Cara terbaik sapu sunscreen stick

  • Sapu sunscreen stick sekurang-kurangnya 15 minit sebelum keluar rumah atau megikuti aktiviti dibawah sinaran matahari.
  • Lakukan sapuan sunscreen stick 4 kali secara berulang-kali pada kulit. Bagi memastikan sunscreen melekap pada wajah anda.
  • Gosok perlahan untuk meratakan sunscreen (jika perlu).
  • Re-apply sunscreen setiap 2 jam, bergantung pada jenis SPF dan rintangan air produk.
Foto – EQ Love

DIVA nak kamu guna sunscreen stick yang ini…

IKLAN

#1 Nature Republic California Aloe Fresh Powdery Sun Stick SPF 50 [RM86.90]

Review: Terasa tidak melekit, tidak berminyak pada kulit dan bau sunscreen sangat wangi!

Foto – Joom

#2 TonyMoly UV Master Waterproof Sun Stick [RM69.90]

Review: Sesuai untuk kulit sensitif, bau wangi dan sangat kalis air.

Foto – Shopee Malaysia

#3 The Face Shop Dr. Belmeur UV Derma Mineral Sun Stick SPF 50 [RM89.21]

Review: Mudah dibawa kemana sahaja, tiada white-cast dan anda perlu memakai pelembab terlebih dahulu kerana tekstur stick sedikit kering.

Foto – Joom

#4 Supergoop! Glow Stick Sunscreen SPF 50 [RM118]

Review: Packaging sangat comel! Ia sangat ringan pada kulit, tidak berminyak dan cepat meresap tanpa kesan white-cast.

Foto – Frends Beauty

#5 Wardah UV Shield SPF 50 [RM32.90]

Review: Sunscreen yang melembabkan kulit, tiada kesan white cast dan sesuai untuk semua jenis kulit.

Foto – Shopee

Bagi yang belum pernah cuba sunscreen stick, ini lah masanya untuk naik taraf rutin penjagaan kulit anda. Selamat mencuba!

Tags: jenis sunscreensunscreen sticksunscreen travel
Share35SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  3. 3

    Bawa Sunscreen Stick Bila Travel, Ketahui Kelebihannya

  4. 4

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  5. 5

    Resepi Serawa Durian Paling Ringkas Dan Sedap Di Dunia!

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.