Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Fesyen

So Iconic! Imbas Semula Fesyen Von Dutch Yang Jadi Pujaan Gadis Y2K

by Indah Aziz
May 8, 2022
Foto - Fashionista

Foto - Fashionista

14
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Bila sebut nama Von Dutch pasti wajah selebriti seperti Britney Spears, Gwen Stefani, Paris Hilton dan Nicole Richie. Mana taknya, jenama ini merupakan paling laris sekitar tahun 2000 dan menjadi hype fesyen yang tak terkawal. Kalau dulu pergi melepak di pusat membeli-belah memang ada sahaja yang bangga memakai topi, beg galas atau t-shirt logo Von Dutch.

Bayangkan hampir 15 tahun Von Dutch berada di atas dikalangan pilihan streetwear. Terutamanya di Hollywood yang sudah menjadi budaya pop pada selebriti, model mahupun sosialit dunia.

Foto – Refinery29

Cerita lama Von Dutch

Namun dalam dunia fesyen pasti saat jatuh dan bangun, logo Von Dutch mula hilang pengaruh setelah hampir sedekad di pasaran. Ini semua dari perubahan trend fesyen, budaya dan banyak lagi faktor. Tapi anda jangan terkejut, biar pun dah tak laku, Von Dutch tidak pernah menghentikan produksi produk fesyen mereka.

Kini mereka giat untuk mengembalikan Von Dutch untuk generasi baru. Rupanya pada tahun 2016, Kylie Jenner pernah menjadi model atau ikon sementara Von Dutch. Sebagai langkah strategi untuk menarik perhatian semula anak-anak muda. Tapi ia agak kurang menjadi kerana vibe yang dibawa oleh Von Dutch terlalu millennium.

You may not remember this, but the early 2000s were a dark time in fashion – Harper’s Bazaar

Foto – Glamour / Buzzfeed

Ramai yang setuju Von Dutch hanya kekal bersama zaman fesyen Paris Hilton dan Britney Spears.

Pada pendapat DIVA pula, rekaan Von Dutch keterlaluan sehingga kelihatan murah. Senang kata, sudah tidak sesuai untuk digayakan dengan fesyen minimalis sekarang. Lihat sahaja pada corak beg tangannya. Berlebih-lebih untuk mencipta imej muda, segar dan ceria bukan?

IKLAN

Foto – DollSkill

Tidak lupa juga dengan masalah ciplak yang semakin berleluasa. Ada sahaja beg dan t-shirt dengan tulisan Von Dutch djual di pasar malam atau kedai-kedai baju biasa. Jadi identiti Von Dutch mudah dicuri sekaligus nilai mereka semakin susut.

Von Dutch Pilihan DIVA

DIVA juga tidak sangka, aksesori Von Dutch boleh dibeli dari laman sesawang Zalora di Malaysia.  Banyak juga pilihan yang ada iaitu dari topi, beg tangan dan t-shirt. Walaupun ada yang kurang berkenan. Ini antara pilihan aksesori Von Dutch yang boleh disesuaikan dengan aura fesyen 2022.

  • Von Dutch Pink All Over Print Micro Mini Bowling Bag [RM530]

Comel juga mini bowling handbag Von Dutch ini. Ia boleh dijinjit atau dijadikan sebagai stail crossbody.

Foto – Zalora / Von Dutch
  • Von Dutch Flying Eyeball Embroidery White Loose & Torn Cut Tee Shirt [RM190]

Tak perlu pakai lagi signature Von Dutch besar di dada t-shirt seperti sebelum ini. Logo flying eyeball di bahagian kiri t-shirt sesuai dengan gaya minimalis seperti sekarang.

Foto – Zalora
  • Von Dutch Classic Black Trucker Hat [RM200]

Memadai sangat untuk menyimpan satu aksesori ikonik Von Dutch iaitu topi jenis tucker.

Foto – Zalora / Lyst

Agak-agak ada tak kalangan pembaca DIVA yang masih menyimpan barang Von Dutch? Kalau ada, kamu seorang yang legend!

Tags: FESYEN Y2Kvon dutchvon dutch malaysia
Share6SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Ini Mungkin Salon Pertama Yang Menawarkan Khidmat Jururias ‘Lelaki Sado’

  3. 3

    So Iconic! Imbas Semula Fesyen Von Dutch Yang Jadi Pujaan Gadis Y2K

  4. 4

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  5. 5

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.