Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Gaya Hidup

#DIVAReview Samsung Galaxy A33 5G, 9 Benda Best!

by Lisa AG
May 9, 2022
Foto - Samsung

Foto - Samsung

15
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

“Temui Galaxy A yang baru. Hebat untuk semua orang!”

Seperti yang dijanjikan sebelum ini, DIVA akan memberikan ulasan penuh kenapa peranti Samsung Galaxy A33 5G menepati citarasa setiap wanita.

Baca : Unboxing Samsung Galaxy A33 5G, Reka Bentuk Sleek Memikat

Dikuasakan dengan pemprosesan 5nm Octa-core, peranti ini dibina untuk kamu yang multitasking. Selain reka bentuk yang sleek dan smart dengan pilihan warna memikat hati, ini antara yang best tentang peranti berharga RM1,499.

Rekaan Simple Tapi ‘Mahal’

Lainnya peranti ini adalah rekaan lebih slim, canggih dengan kemasan matte dalam empat pilihan warna Black, Blue, White dan Peach, bezel berkualiti dan kamera lancar dengan Ambient Edge.

Foto – Samsung

Dengan perlindungan tambahan daripada Gorilla Glass 5, peranti kini lebih keras, kukuh dan kurang terdedah kepada calar. Hanya tahan cabuk, titisan dan percikan. Sesuai sangat untuk wanita moden dan aktif. Kamu boleh melakukan aktiviti tanpa perlu rasa bimbang.

Skrin Hebat Dengan Warna Menakjubkan

Samsung Galaxy A33 5G didatangkan dengan Paparan Infinity-U 6.4-inci. Walaupun kamu berada di kawasan yang terang, kamu boleh rasai pengalaman dalam definisi warna tinggi dan benar-benar nyata dengan teknologi paparan FHD+ Super AMOLED.

Foto – Samsung

Tonton apa sahaja pada paparan 90Hz dengan lancar, pengalaman tontonan kamu akan lebih menakjubkan serta menyeronokkan. Kurang kabur, lebih banyak butiran dan aliran kontra yang jelas untuk video dan gambar yang sangat lancar.

Kamera Hebat Tangkap Setiap Butiran

Kamera berbilang kanta pada Samsung Galaxy A33 5G membawa foto ke peringkat seterusnya. Dapatkan tangkapan yang lebih jelas dengan Kamera OIS 48MP, kembangkan sudut tontonan kamu dengan Kamera Ultra Lebar, sesuaikan fokus dengan Kamera Kedalaman dan dekati butiran dengan Kamera Makro.

Foto – Samsung

Dengan OIS, kamu dapat merakam video dengan lebih lancar dan menangkap butiran yang lebih halus walaupun dalam cahaya malap.

IKLAN

Foto Lebih Baik Dengan AI Image Enhancer

Kuasa AI Image Enhancer secara automatik meningkatkan kualiti pada foto kamu. Dengan dwi kanta pada kamera Samsung Galaxy A33 5G yang dikuasakan oleh AI, potret untuk wajah akan kelihatan unik dan lebih baik.

Foto – Samsung

Sebagai contoh, kaburkan latar belakang secara perlahan dan serlahkan butiran yang menampakkan kualiti seakan-akan sebenar.

Bateri Mampu Tahan Dua Hari

Foto – Samsung

Peranti ini didatangkan dengan bateri 5,000mAh untuk lebih banyak masa penstriman, perkongsian, permainan dan banyak lagi. Bahkan boleh mengecas dengan pantas sehingga 25W dan penjimatan kuasa adaptif untuk meningkatkan prestasi keseluruhan bateri Samsung Galaxy A33 5G.

Bunyi Yang Mengasyikkan

Foto – Samsung

Pengalaman yang tidak lagi memerlukan studio. Selami filem, lagu dan video kegemaran kamu dengan Dolby Atmos yang memperkayakan setiap nota dengan perincian dan kejelasan yang luar biasa.

Game Booster Untuk Si ‘Gamers’

Foto – Samsung

Game Booster menjejaki corak permainan kamu untuk mengoptimumkan hayat bateri, suhu dan memori peranti, sambil menyekat aktiviti latar belakang dan pemberitahuan supaya kamu tidak kehilangan fokus.

Privasi Dilindungi

Simpan foto, video, fail, aplikasi dan data peribadi kamu dengan selamat di dalam Secure Folder dengan saluran keselamatan Samsung Knox, yang melindungi maklumat kamu daripada anasir jahat.

Foto – Samsung

Tambahkan kata laluan atau cap jari kamu supaya hanya kamu yang boleh mengakses data.

Sesuaikan Galaxy Mengikut ‘Jiwa’

Sesuaikan Galaxy kamu dengan One UI 4 dan berikan telefon kamu tema yang sesuai supaya kena dengan ‘jiwa’. Cipta alat yang membantu tugas kamu dengan lancar dan menjadikan ciri lebih mudah diakses.

Foto – Samsung

Cukup menawan sekali Samsung Galaxy A33 5G. Nak beli atau mengetahui info lanjut, pergi ke laman web rasmi Samsung di sini.

Happy Shopping!

Tags: samsungsamsung galaxy a33 5gsmartphone
Share6SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Ini Mungkin Salon Pertama Yang Menawarkan Khidmat Jururias ‘Lelaki Sado’

  3. 3

    #DIVAReview Samsung Galaxy A33 5G, 9 Benda Best!

  4. 4

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  5. 5

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.