Kalau kamu mengikuti dunia kecantikan, mesti ketahui akan trend kecantikan ‘Glazed Donut Skin’?
Sebenarnya begini, sejak Hailey Bieber membuka saluran Youtuber, dia memperkenalkan dunia kepada banyak rahsia penjagaan kulitnya… termasuk trend baru ini.
“My standard when I go to bed at night is that if I’m not getting into bed looking like a glazed donut, then I’m not doing the right thing,” kata Hailey.
Siapa sangka ‘Glazed Donut Skin’ menjadi perhatian, dan kini dianggap sebagai salah satu trend penjagaan kulit terhangat tahun 2022.
Apa Sebenarnya Glazed Donut Skin?
Glazed Donut Skin melibatkan rutin melembapkan kulit sebelum tidur supaya apabila kamu bangun, wajah kamu berkilauan (tetapi tidak berminyak) dan bersinar.
Trend ini kuncinya ialah penghidratan dan perlindungan penghalang kulit semula jadi. Bahan penghidratan seperti glycerin dan squalane akan meninggalkan kulit lembut, berkhasiat, dan bersinar – sama seperti donat Krispy Kreme.
Glazed Skin Rutin Kecantikan Hailey Bieber
Rutin Hailey Bieber untuk mendapatkan kulit seperti donut, dia mulakan dengan double cleanse, menggunakan serum pada kulit yang lembap, dan diikuti dengan pelembap yang menghidratkan. Untuk kilauan tambahan, dia menggunakan face oil.
Walau bagaimanapun, dia juga menyatakan bahawa dia mengelakkan pelembap yang berat apabila dia memgalami breakout.
Ringkasnya, glazed donut mengingatkan kita pada kulit yang bersinar. Untuk mendapatkan itu, kamu kena tahu produk yang sesuai dengan kandungan bahan terbaik. Sebagai contoh, glycerin yang menghidratkan dan antioksidan seperti squalane membantu memberikan kulit berkilat.
- Foto – Cosmopolitan
Mula rutin mendapatkan kulit seperti glazed donut sekarang!