Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Gaya Hidup

7 Kafe Cantik Di JB Ini, Boleh Jadi Idea Lokasi First Date

by Indah Aziz
May 7, 2022
Foto - Designspeak Asia

Foto - Designspeak Asia

268
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Runsing juga bila tak tahu nak kemana bila pertemuan pertama dengan si dia nanti. Pasti kita mahu suasana yang tenang, romantik dan tidak keterlaluan. Iyalah, baru hendak menyingkap isi hati masing-masing.

Biasa tempat yang paling selamat untuk dijadikan sebagai first date ialah kafe. Wajib pilih kafe yang menyediakan menu yang sedap dan paling penting mempunyai dekorasi yang cantik. Barulah, anda dan pasangan jadi selesa!

Buat pembaca DIVA di sekitar Johor Bahru, ada beberapa kafe cantik yang sangat sesuai dijadikan lokasi first date anda.

#1 Soil JB

Antara kafe yang popular di Johor Bahru. Bahagian luar kafe sangat insta-worthy dengan rimbunan tumbuhan hijau. Jika anda dan kekasih peminat pastri dan kopi, Soil JB akan buat anda rasa tak cukup!

Foto – Sibeh6 Malaysia

#2 Yard & Co

Berada di luar kawasan Johor Bahru tetapi DIVA rasa kafe ini wajib masuk dalam senarai juga. Kafe Yard & Co yang terletak di Pengerang memberi suasana beacy-cafe yang menakjubkan. Anda boleh menikmati makanan dan berbual bersama yang tersayang dengan melihat laut yang terbentang luas.

Foto – Johor Foodie / Rileklah.com

#3 Flowers In The Window

Nak kekal rasa privasi dan intimasi, kafe di Jalan Dhoby ini cukup luas dengan dekorasi yang menyejukkan dari tumbuh-tumbuhan hijau.

IKLAN

Foto – Johor Now

#4 Commune by the Creators

Kalau ingin gambar first date nampak luar biasa boleh berkunjung ke kafe Commune by the Creators. Ia sebuah kafe minimalis dengan sentuhan gaya nordik.

Foto – Commune by the Creators

#5 Plantherapy by S P A Z E H A U S

Konsep kafe seperti makan di dalam terrarium yang dikelilingi oleh tumbuh-tumbuhan. Kalau pasangan anda seorang yang plant lovers boleh lah bawa ke sini.

Foto – Twitter @mohdhafizee

#6 Bloom by MokMok

Dekorasi kafe ini sangat elegan dan romantis dengan hamparan bunga-bungaan kering. Ternyata Bloom by MokMok memang kafe yang terbaik untuk dating dengan kekasih!

Foto – EmoBananaBoy

#7 O’Coffee Club Atelier, Puteri Harbour 

Kafe ini terletak jauh sedikit dari pusat bandar Johor Bahru iaitu di Puteri Harbour. Bukan sahaja menyediakan pelbagai menu masakan barat dan pencuci mulut. Malah, menyajikan pemandangan yang cantik menghadap Selat Johor.

Foto – Twitter/ @mohdhafizee

Banyak kan pilihan kafe-kafe terbaru di Johor Bahru yang sesuai untuk first date anda. Nasihat DIVA buat tempahan dahulu sebelum datang!

Tags: kafe cantikkafe jbkafe johor bahru
Share107SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Ini Mungkin Salon Pertama Yang Menawarkan Khidmat Jururias ‘Lelaki Sado’

  3. 3

    7 Kafe Cantik Di JB Ini, Boleh Jadi Idea Lokasi First Date

  4. 4

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  5. 5

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.