Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Kecantikan

Rambut Lambat Panjang? Ini Punca & Solusi Yang Perlu Kamu Tahu

by Indah Aziz
May 1, 2022
Foto - Google

Foto - Google

285
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Mungkin ramai yang mengalami masalah rambut lambat panjang, sehingga berasa rimas menunggu ukuran rambut yang sesuai untuk mengikuti pelbagai styling rambut.

Bukan itu sahaja, kita mula berasa sangsi dengan kesihatan diri. Mungkin masalah rambut lambat tumbuh berkait dengan pemakanan dan penjagaan tubuh badan. Risaunya…

Mari kita lihat beberapa faktor utama yang menyebabkan rambut anda lambat panjang dan bagaimana untuk mengatasinya.

#1 Pilihan makanan yang tidak seimbang

Diet makanan yang kurang nutrisi boleh menjadikan rambut tidak kuat. Folikel iaitu akar rambut juga tidak sihat antara kering atau berminyak sehingga menyebabkan rambut sukar tumbuh.

Foto – The Second Angle

Solusi: Amalkan pemakanan yang sihat dan ringkas. Hanya lebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan dalam menu harian anda. DIVA cadang untuk anda banyakkan mengambil telur, sayur bayam, keledek, minyak ikan, chia seeds dan pelbagai lagi sumber makanan yang mampu melebatkan rambut.

#2 Tekanan

Gangguan dari stress atau tekanan boleh memberi kesan pada pertumbuhan rambut. Sejurusnya menyebabkan rambut gugur dan tidak bermaya.

IKLAN

Foto – Urban Company

Solusi: Rawatan yang terbaik ialah ambil masa untuk diri sendiri berehat atau lakukan rawatan spa rambut/kepala. Atau sentiasa kerap menyikat rambut supaya pengaliran darah di kepala lancar.

#3 Genetik

Tiada sangkalan lagi bila sejarah keluarga boleh menjadi faktor besar dalam masalah rambut anda. Bergantung pada jantina, umur dan jenis corak penipisan rambut.

Foto – Verywell Mind

Solusi: Anda boleh rujuk dengan pakar rambut untuk mendapatkan ubat, rawatan klinikal mahupun produk rambut yang bersesuaian.

#4 Jarang trim rambut

Pasti ramai yang jarang trim rambut bukan? Siapa sangka dengan sedikit potongan pada hujung rambut mampu membaiki rambut yang rosak terutamanya bahagian bercabang. Hasilnya rambut lebih terurus, kelihatan sihat dan tidak cepat gugur.

Foto – Hair Addictz

Solusi: Rajinkan diri untuk pergi ke salun sekurang-kurang sebulan sekali untuk memangkis hujung rambut yang rosak. Malah anda juga boleh mencuci rambut serta kulit kepala.

Setiap masalah pasti ada penyelesaiannya. DIVA harap artikel ini sedikit-sebanyak membantu dalam anda untuk mendapatkan ukuran rambut yang diidamkan.

Tags: masalah rambutrambut panjangtips rambut
Share114SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  3. 3

    Rambut Lambat Panjang? Ini Punca & Solusi Yang Perlu Kamu Tahu

  4. 4

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  5. 5

    Resepi Serawa Durian Paling Ringkas Dan Sedap Di Dunia!

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.