Tips untuk mekap lebih tahan lama, mencipta contour dan highlight semuanya bergantung pada kualiti loose powder. Ia merupakan pertahanan yang penting bagi mendapatkan mekap yang kalis peluh, minyak dan paling penting mekap boleh dipakai sehingga berjam-jam.
Kalau tanya pada mekap artis, loose powder dan setting spray merupakan finishing mekap yang wajib ada dalam beg mekap mereka.
DIVA tampilkan beberapa loose powder berjenama yang telah menjadi pilihan ramai mekap artis, beauty influencers dan selebriti.
#1 Chanel Natural Finish Loose Powder [RM250]
Kalau lihat mana-mana beg mekap MUA pasti ada kelibat bekas loose powder Chanel. Bagi anda yang memiliki jenis kulit normal atau kombinasi ini loose powder yang terbaik untuk anda.
Tekstur bedak yang sangat halus dan ringan mampu menyingkirkan kesan kilatan pada wajah. Malah ia membantu menaikkan seri wajah tanpa perlu berbedak berlebihan.
#2 Dior Forever Cushion Powder [RM260]
Bekas loose powder dari Dior ini cukup unik dimana direka untuk mudah dibawa dan anti-kotor. Menariknya, tekstur bedak ini tidak memberi efek bedak tapi lebih kepada kulit glow, segar dan halus.
IKLAN
Banyak ulasan cukup berpuas hati dengan hasil mekap mereka tahan lama dan teruja bekas loose powder yang compact serta sangat cantik!
#3 Laura Mercier Translucent Loose Setting Powder [RM200]
Tak perlu perkenal lagi, loose powder dari Laura Mercier sudah menjadi best-selling products sejak bertahun-tahun lagi. Kalau anda rajin lihat tutorial mekap di Youtube pasti ada sahaja beauty influencers memuji-muji loose powder ini. Ia loose powder bersifat halus yang memberi efek lembut atau blurry pada mekap. Malah, kesan bedak tidak akan menimbulkan garis halus mahupun flashback pada gambar. Ia loose powder dicipta untuk anda yang kulit berminyak.
#4 Givenchy Prisme Libre Loose Powder [RM285]
Rata-rata pengguna loose powder dari Givenchy bersetuju, bedak ini dapat menghasilkan mekap yang lebih berseri, flawless dan sempurna. Formulasi istimewa Prisme Libre untuk menaikkan seri tona kulit, memudarkan sebarang cela serta meninggalkan tesktur mekap yang halus seperti kulit sendiri. Buat anda yang berdepan dengan kulit berminyak atau berjerawat, DIVA cadangkan anda dapatkan loose powder Givenchy.
#5 HourGlass Veil Translucent Setting Powder [RM220]
Dilema si kulit normal dan kering? Nah, anda boleh cuba loose powder HourGlass dirumus khas memberi kesan dewy dan blur pada mekap. Tiada lagi mekap berkerak kerana tekstur bedak yang halus sekaligus mengurangkan penampilan pori-pori, garis halus dan kedutan pada wajah.
Jelas bukan tentang semua loose powder diatas? Jadi anda dah boleh dapatkan loose powder yang menjadi kegemaran dan sesuai dengan jenis kulit anda. Kongsikan juga artikel ini pada teman-teman ya!