Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Fesyen

Khas Makan Malam Romantik, DIVA Pilih 5 Looks Kim Kardashian

by Soph.Azz
May 2, 2022
Foto - Pinterest

Foto - Pinterest

14
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Nak kena pakai baju apa yang sesuai untuk janji temu atau makan malam romantik? Hmm…

Siapa sahaja yang tak teruja untuk berjanji temu atau makan malam romantik dengan pasangannya kan? Makan malam bersama di tempat yang cantik dan pakaian yang sesuai sudah semestinya akan jadi satu momen yang indah.

Disebabkan nak elak daripada kamu fikir apa yang perlu dipakai atau pakai pakaian yang salah, DIVA ada solusinya! Yang penting pasangan kamu akan tertarik melihat kamu nanti.

Diinspirasikan oleh Kim Kardashian, DIVA pilih lima looks selebriti ini sesuai untuk dipakai semasa makan malam romantik. Scroll sampai habis okay.

Untuk look pertama, DIVA pilih gaya Kim yang memakai gaun pendek Musim Luruh/Sejuk 1997 milik Versace. Gaun pendek dengan garis leher berbentuk “U” ini dipadukan pula dengan pointed heels, nampak ringkas tapi sangat high class!

IKLAN

Foto – Pinterest

Sukakan gaya yang seksi dan flirty? Look kedua Kim ini sesuai untuk kamu kerana slit dress yang jarang di bahagian tepinya akan buatkan kaki kamu nampak lebih panjang. Slit dress yang berkilauan daripada Versace ini perlu dipadukan dengan multi strap stiletto heels tau. 

Foto – Pinterest

Nak penampilan yang ringkas dengan sedikit hint misteri, cuba gayakan penampilan ketiga Kim ini. Padankan gaun vintaj Musim Luruh 1991 daripada Versace yang bergaris leher menjunam itu dengan kasut tumit tinggi lutsinar atau hitam. 

Foto – Pinterest

Ala-ala seperti Ariel dalam filem Mermaid, gayakan gaun ‘duyung’ berbentuk T seperti Kim. Gaun sutera daripada Stephen Sprouse, Musim Bunga/Panas 1998 dengan potongan melengkung di bahagian tepi pasti akan tonjolkan bentuk badan kamu yang hot itu!

Foto – Pinterest

Jika kamu seorang yang sukakan penampilan yang bold dan berani, cuba gayakan sut bercorak harimau bintang. Seperti Kim, dia mengenakan sut penuh corak harimau bintang daripada Azzedine Alaïa, Musim Luruh/Sejuk yang menonjolkan bentuk badannya itu. 

Foto – Pinterest

Di antara lima looks di atas, yang mana satu jadi pilihan kamu untuk makan malam romantik?

Tags: Fesyen Kim Kardashiankim kardashianversace
Share6SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  3. 3

    Khas Makan Malam Romantik, DIVA Pilih 5 Looks Kim Kardashian

  4. 4

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  5. 5

    Resepi Serawa Durian Paling Ringkas Dan Sedap Di Dunia!

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.