Bralette bukan suatu yang asing lagi, ia helaian yang cukup selesa dan boleh disuai padan dengan seluar, skirt atau dijadikan sebagai pakaian dalaman. Ramai yang sudah gantikan bra berwayar dengan bralette sahaja.
Bahkan para selebriti seperti Kylie Jenner, Irina Shayk dan Deepika Padukone juga kelihatan senang menggayakan bralette tidak kira masa. Ada yang pakai ketika bercuti, bersiar-siar mahupun menghadiri majlis gala.
Jika anda mahu upgrade fesyen bralette seperti mereka, Versace adalah pilihan utama untuk menyerlahkan sisi seksi dan ditambah dengan high-fashion. Mari lihat!
#1 Versace Grace Border Bralette
Rekaan bralette yang paling basic dengan rangkaian corak signature Versace dan motif Medusa & Greca di bahagian bawah getah. Dapat bayangkan ia dipakai bersama t-shirt crop dan jeans.
#2 Versace La Coupe Des Dieux Bralette Top
Cukup mewah sekali dengan perincian seni klasik pada bralette. Ia menambah aura feminin dan anggun. Ditambah pula tekstur kain sutera yang memberi keselesaan pada kulit. Ramai selebriti pilih bralette untuk matching dengan skirt Versace juga.
IKLAN
#3 Versace Medusa Tweed Bralette Top
Tidak kelihatan seperti rekaan dari Versace pula yang kali ini. Ada inspirasi manis-manis Barbie bersama kemasan corak tweed. Potongan lisu bralette ini memberi aura puteri disamping butang dibahagian tengah. Tidak lupa juga dengan logo signature Medusa sebagai butang bahu. Cukup cantik!
#4 Versace Latex Medusa Bralette Top
Teringin nak bergaya latex seperti Kim Kardashian? Anda boleh kenakan dengan bralette top Versace ini. Ia boleh dipadankan dengan seluar atau mini skirt latex untuk menyerlahkan lagi bentuk badan anda. Tali bralette lengkap dengan perincian logo emas Medusa.
#5 Versave La Greca Tulle Bralette
Nah, ini DIVA pilih untuk anda yang inginkan kelihatan seksi dan panas untuk mata yang memandang. Bralette dari fabrik tulle bercorak La Greca cukup ringan, tidak gatal pada kulit dan sesuai dipadankan skirt kembang tulle atau jaket kulit.
Ada banyak lagi pilihan bralette Versace yang boleh anda lihat dan beli melalui Versace.com.