Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Kecantikan

Comelnya, innisfree Kolaborasi Bersama Peanuts Untuk Koleksi Edisi Terhad

by Lisa AG
April 28, 2022
Foto - innisfree x Peanuts

Foto - innisfree x Peanuts

12
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Apa yang baru di innisfree untuk bulan Mei nanti? Mesti peminat setia innisfree teruja bila DIVA beritahu jenama ikonik Korea Selatan ini akan mengadakan kolobarasi bersama Peanuts.

Produk terlaris innisfree bertemu dengan geng Peanuts! Antaranya termasuk SNOOPY, CHARLIE BROWN, LUCY, LINUS, dan SALLY BROWN bekerjasama untuk menemani kamu dan kulit kamu menjadi lebih bersih dan lembut.

Jadi produk mana yang bakal dihiasi pembungkusan istimewa Peanuts?

No-Sebum Mineral Powder

Foto – innisfree x Peanuts

Bedak edisi terhad ini didatangkan dalam lima reka bentuk, masing-masing dengan haruman tersendiri dan mesej yang menggalakkan. Bedak serbuk yang halus ini menyerap lebihan sebum untuk memastikan kulit dan solekan kamu kelihatan dan berasa segar.

IKLAN

No-Sebum Powder Cushion

Foto – innisfree x Peanuts

Cushion didatangkan dalam tiga warna, setiap satu menampilkan setiap watak Peanuts yang ikonik. Menggunakan teknologi yang sama seperti No-Sebum Mineral Powder, cushion ini mengawal minyak berlebihan untuk mengekalkan solekan matte dan daripada comot.

Green Tea Seed Serum Set

Foto – innisfree x Peanuts

Set ini mengandungi Green Tea Seed Serum, diselitkan dengan Green Tea Biome untuk menguatkan penghalang kelembapan kulit. Lengkapkan rutin kamu dengan produk teh hijau terlaris ini, dengan foam cleanser, skin dan cream dihiasi dengan watak Peanuts yang ceria.

Volcanic Calming Pore Clay Mask

Foto – innisfree x Peanuts

Volcanic Calming Pore Clay Mask, merupakan penyelesaian penjagaan liang pori harian kamu. Clay mask ini menawarkan kuasa penyerapan sebum 7x lebih kuat dengan Volcanic Sphere PlusTM, manakala AHA dan PHA mencairkan dan mengelupas sel kulit mati dan bintik hitam.

Koleksi edisi terhad innisfree x Peanuts akan mula berada di pasaran pada 1 hingga 31 Mei 2022.

Tags: innisfree x peanutsk-beautyproduk Innisfree
Share5SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  3. 3

    Comelnya, innisfree Kolaborasi Bersama Peanuts Untuk Koleksi Edisi Terhad

  4. 4

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  5. 5

    Resepi Serawa Durian Paling Ringkas Dan Sedap Di Dunia!

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.