Ritual kecantikan adalah penting bukan saja untuk kulit tetapi juga untuk minda kita. Kerana itu Tatcha percaya dalam membawa keharmonian pada kulit sambil mencapai keseimbangan jiwa.
Kita sedia maklum, tekanan dalam rutin harian kita boleh menjejaskan secara mental dan fizikal.
Oleh itu, sudah tiba masanya untuk kulit dan minda menikmati Tatcha The Clarifying Clay Mask. Produk ini menyerap sebum yang berlebihan, mengelupas dan memanaskan kulit dengan lembut untuk mengeluarkan kotoran lalu menghasilkan kulit lebih cerah dan licin hanya dalam tiga minit selepas satu penggunaan!
- Foto – Tatcha
Diinspirasikan oleh rahsia kecantikan Jepun, Tatcha The Clarifying Clay Mask dirumus dengan 3 bahan utama yang diperolehi dari Pulau Okinawa. Ramuan ini memberikan hasil yang ajaib. Di mana 100% menunjukkan peningkatan dalam kulit, kejernihan dan tekstur sambil mengurangkan xengeluaran sebum yang berlebihan.
Okinawa Kucha Clay
Hidupan marin yang miliki nutrien dan mineral selama lebih 5 juta tahun di laut tengah dan selatan pulau itu. Bila diletak pada kulit, tanah liat yang kaya dengan mineral menyahkan dan menjernihkan kulit dengan menyerap lebihan sebum dan minyak.
IKLAN
Japanese Konjac
Konjac Jepun yang lembut namun berkesan bertindak sebagai magnet untuk mengeluarkan kulit mati sambil mengelupas kulit dengan lembut untuk menghaluskan teksturnya lalu kulit menjadi lebih cerah dan licin.
- Foto – Tatcha
Japanese Volcanic Ash
Japanese Volcanic Ash menenangkan kerana ia menghasilkan kesan pemanasan untuk membuka pori-pori dan mengeluarkan kotoran, minyak, dan memastikan penampilan yang bersih dan jelas.
Cara Nak Guna
Ambil sedikit dan urut lapisan nipis pada kulit yang dibersihkan, elak kawasan mata. Sebaik sahaja digunakan, topeng akan berubah daripada hijau sage kepada warna merah lembut apabila ia memanaskan kulit. Biarkan tidak lebih daripada 5 minit, kemudian bilas dengan air sejuk. Untuk hasil terbaik, gunakan 2 – 3 kali seminggu.
Tatcha The Clarifying Clay Mask boleh didapati di sephora.my dengan harga RM365.