Perhatian! Musim bunga dan panas bakal menjelma biarpun di Malaysia hanya cuaca panas sahaja tapi tak salah kalau kita meraikannya bersama.
Bagi mencipta suasana musim bunga yang penuh dengan keceriaan, anda boleh mula dengan pilihan palet set pembayang mata dari warna-warna pastel.
Ia dikategorikan warna yang cerah dan lembut sesuai untuk membawa mood ‘taman bunga’ dan paling penting ia telah menjadi trend beberapa tahun ini.
#1 Natasha Denona Pastel Eyeshadow Palette [RM285]
Terpukau bila melihat 16 warna dalam satu palet cantik dari Natasha Denona ini. Tekstur matte mempunyai pilihan warna pastel yang luar biasa seperti Zest, Bubble dan Tulle. Manakala elemen glitter pula, DIVA suka dengan Illusion. Formula terbaru pembayang mata pastel ini sangat berpigmen dan menonjol pada setiap tona kulit.
#2 Anastasia Beverly Hills Pro Pigment Palette Vol. 6 [RM325]
Sedikit berbeza dari warna pastel yang lembut, ABH membawa palet besar dengan 25 warna pastel ‘garang’. Anda boleh cipta pelbagai jenis look mekap dari satu palet ini sahaja. Menariknya, tekstur pembayang mata ABH sesuai untuk mata dan juga badan. DIVA cadang anda bermain palet bila ingin ke parti, konsert atau festival.
IKLAN
#3 Focallure 12 Colors Mysterious Time Eyeshadow Palette #2 Free Time [RM120]
Warna pastel unik dari koleksi Mysterious Times #2 Free Time menawarkan tekstur eyeshadow pekat dan mudah diratakan. Ia memberi ruang kreativiti yang luas pada anda dengan pilihan tekstur 6 matte, 1 shimmer, 4 metalic dan 1 pressed glitter. Ia sebuah palet yang lengkap untuk hasil mata kelihatan warm dan vibrant dalam masa yang sama. Malah, rekaan palet ini juga menarik dengan bentuk bulat seperti jam dinding dan ya ia ada cermin didalamnya!
#4 Clio Pro Eye Palette (21AD) #14 Atelier In Hannam [RM149]
Anda memang penyimpan koleksi warna merah jambu dan ungu? Kalau begitu anda wajib dapatkan pembayang mata pastel pink purple dari Clion ini. 10 warna dengan padanan rona gelap dan cerah membantu untuk create pelbagai konsep. DIVA cadang untuk anda yang ingin keluar first date, cuba cipta simple dan romantis look dengan palet ini pasti menjadi!
#5 M.A.C Art Library / It’s Designer [RM293]
Palet pembayang mata M.A.C kalini terarah kepada pastel pekat dan avant-garde yang dicipta oleh jurusolek professional M.A.C. Anda yang ingin look seolah di pentas peragaan atau pelangi, boleh bermain dengan 12 warna palet ini. Bahkan setiap tekstur warna sangat mudah untuk di-apply.
#6 Huda Beauty Rose Quartz Eyeshadow Palette [RM300]
Biarpun palet sudah beberapa tahun di pasaran tapi masih mendapat tempat di hati peminat mekap. Palet pastel – neutral dari Huda Beauty ini mempunyai tekstur dan kombinasi warna yang boleh disesuaikan untuk mekap glamour mahupun everyday looks.
Belum punya koleksi pembayang mata sebegini? Apa lagi cepat add to cart dari pautan harga yang DIVA sertakan diatas!