Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Fesyen

Eksklusif Longchamp SS2022 : 3 Beg Baru Mencuri Perhatian DIVA

by Lisa AG
April 27, 2022
Foto - Longchamp

Foto - Longchamp

13
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Asyik dengan beg Longchamp biasa, apa kata dapatkan salah satu beg baru ini. Rekaan lebih lebih fun dengan pilihan warna-warna menarik!

Sejak pelancaran pertamanya pada September lalu, Longchamp telah membuatkan kita tertarik dengan koleksi Musim Bunga/Panas 2022, koleksi yang diilhamkan oleh keindahan selatan Perancis.

Meraikan seni de vivre Perancis, koleksi Musim Bunga/Panas 2022 menyerlahkan penggunaan linen (dicipta dengan kerjasama Maison Charvet) dan perincian sulaman untuk membangkitkan rupa dan rasa yang intim dan musim panas.

Salah satu yang mencuri tumpuan ialah koleksi beg Longchamp serba baru. Musim bunga 2022 ini menyaksikan pelbagai siluet baru, antaranya Cuir de Russie, Le Pliage Paris St Tropez, dan Roseau Bucket.

Cuir de Russie

Cuir de Russie direka dengan kulit khusus, yang menyerlahkan badan berstruktur dan tekstur kulit berbutir. Beg bucket terdapat butang untuk menutup, memberi reka bentuk yang minimum tetapi tetap statement.

IKLAN

Foto – Longchamp

Hadir dalam pilihan enam warna yang tersendiri, Cuir de Russie ialah ikon sebenar yang akan menyerlahkan lagi penampilan si pemakai.

Roseau

Foto – Longchamp

Beg bucket berstruktur dengan pemegang buluh yang kukuh. Diperbuat daripada kulit lembut hingga kanvas kapas dengan motif bunga dan kanvas jacquard LGP dengan kemasan kulit Rusia hitam, beg Roseau terdapat dalam pelbagai saiz.

Le Pliage Paris St Tropez

Satu lagi beg Longchamp ialah Le Pliage Paris St Tropez yang transformasi reka bentuk Le Pliage klasik dengan sentuhan Provence yang menampilkan ikon kuda yang disulam pada fabrik kesan jerami.

Foto – Longchamp

Rekaan yang luas dan ringan, beg itu mampu menyerlahkan lagi penampilan bergaya kasual dengan mudah.

Koleksi Longchamp SS2022 kini boleh didapati di laman web rasmi Longchamp dan semua butik Longchamp di seluruh negara.

Tags: Beg Longchamplongchamplongchamp ss2022
Share5SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  3. 3

    Eksklusif Longchamp SS2022 : 3 Beg Baru Mencuri Perhatian DIVA

  4. 4

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  5. 5

    Aircond ‘Off’ Dengan Sendirinya, Ini Sebab Kena Tahu

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.