Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Gaya Hidup

Idaman Ramai Wanita, Pilihan Pinggan Mangkuk Berjenama Citarasa VIP

by Iza B
May 1, 2022
Foto - Ubuu

Foto - Ubuu

22
SHARES
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Memiliki set pinggan mangkuk yang eksklusif dan berkualiti tinggi, sememangnya idaman bagi setiap wanita atau pengumpul koleksi pinggan. Ia mencermin identiti pengguna dan ia boleh jadi sentuhan terakhir sebagai hiasan untuk hidangan masakan anda.

Lebih-lebih lagi kalau di musim perayaan, memang sudah menjadi adat untuk set pinggan mangkuk yang tersergam indah menjadi taruhan. Barulah puas hati nak menjamu tetamu dengan pinggan mangkuk yang cantik bukan?

Bagi anda yang baru nak kenal dunia pinggan mangkuk, ada beberapa jenama berkualiti terbaik bersama rekaan mewah yang DIVA ingin perkenalkan kepada anda.

#1 Versace | Home Collection

Foto – Rosenthal

Masih ingat Versace hanya untuk pakaian semata-mata? Silap, Versace juga menyediakan koleksi Versace Home untuk pelbagai kelengkapan rumah termasuklah set pinggan mangkuk mewah. Anda boleh pilih dari pelbagai variasi pinggan, cawan, gelas dan kutleri yang tersemat dengan logo gah Versace.

#2 Wedgwood

Foto – GCTrader

Apa jua corak bungaan atau abstrak anda inginkan boleh dipilih dari beberapa tema koleksi pinggan elegan Wedgwood. Ia antara jenama dinnerware popular dan bernilai sehingga kini. Koleksi pinggan makan Wedgwood diperbuat dari fine bone china yang tahan lama dan ringan berbanding pinggan lain.

#3 Villeroy & Boch

Foto – Villeroy & Boch

Setiap koleksi dari Villeroy & Boch menyerlahkan sisi feminin, flora & fauna serta sofistikated yang tiada bandingan. Jenama asal Jerman ini menyediakan pelbagai set premium pinggan mangkuk dari jenis porselin, kaca, kristal dan banyak lagi.

#4 Portmeirion

Foto – Portmeirion

Ini jenama ‘pinggan kayangan’ paling popular di kalangan suri rumah Malaysia. DIVA yakin koleksi Botanic Garden antara yang kerap kali muncul di ruangan paparan Instagram. Portmeirion sering muncul dengan corak dedaun dan bunga-bungaan.

#5 Noritake

Foto – Pepperfry

Set pinggan mangkuk Noritake dari Jepun ini menampilkan koleksi minimalis dan kasual. Walaupun ia dikenali sebagai jenama mahal dan berkualiti tapi masih memberi tawaran harga yang berpatutan.

Agaknya yang mana anda berminat? Kongsikan dengan DIVA!

Tags: pinggan kayanganpinggan mangkukset pinggan mewah
Share9SendShare

IKLAN

Artikel Berkaitan

Foto - Kucate Neelofa (FB)
Gaya Hidup

Tengah Pantang & Nak Banyakkan Susu, Ramai Syorkan KUCATÉ Perisa Ini

by Opie Azizlan
May 18, 2022
0

Sebaik saja melahirkan anak dan bergelar ibu, memang tak dinafikan badan akan menjadi berganda penatnya. Mana taknya, dengan nak menyusukan...

Baca Lagi
Foto - @teja.kl (IG)
Gaya Hidup

Bengkel Canting Batik Di Tengah KL, Aktiviti Menarik Untuk ‘Bonding’ Dengan Bestie!

by Opie Azizlan
May 17, 2022
0

Kamu dan rakan suka lakukan aktiviti yang menarik dan mendapati berkunjung ke pusat beli-belah sangat membosankan? DIVA ada satu jenis...

Baca Lagi
Foto - IKEA
Gaya Hidup

Barang Ikea Paling Basic Wajib Beli Bila Pindah Rumah Baru Kamu!

by Iza B
May 15, 2022
0

Teruja betul akhirnya dapat mendiami rumah sendiri dan bebas melakukan apa sahaja samada untuk dekorasi, aktiviti privasi dan bermacam lagi....

Baca Lagi
Foto - The Ruggable Blog
Gaya Hidup

5 Produk Mandian Ini Mesti Ada Dalam Kamar Mandi Anda

by Iza B
May 14, 2022
0

Tanpa kita sedar, kamar mandi menjadi satu bilik rahsia dimana kita melepaskan tekanan dan menghargai waktu privasi. Kalau lihat dalam...

Baca Lagi
Artikel Selanjutnya
Diva MY

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: [email protected]




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.