Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Selebriti

Tak Lagi Jadi Puteri Jepun, Ini Yang Dilakukan Oleh Puteri Mako Komuro

by Soph.Azz
May 3, 2022
Foto - Japan Times

Foto - Japan Times

51
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Fakta: Wanita daripada kalangan keluarga diraja Jepun perlu lepaskan status diraja mereka jika berkahwin dengan lelaki biasa. Manakala lelaki daripada keluarga diraja tidak perlu lakukannya.

Menggemparkan seluruh dunia tahun lepas, Puteri Mako iaitu pewaris tahkta empayar Jepun telah melepaskan status diraja dan hartanya. Ini kerana Puteri Mako mengambil keputusan untuk bertunang dan berkahwin dengan lelaki pilihannya, Kei Komuro.

Berkahwin pada Oktober 2021 lalu, Puteri Mako dan suaminya, Kei telah berpindah dan menetap di Manhattan, New York. Di sana pasangan ini telah menyewa di sebuah apartment mewah satu bilik yang lengkap dengan pelbagai kemudahan. Sewa apartment pula dikatakan bernilai hampir RM21K sebulan.

Foto – Daily Mail UK

Baru-baru ini Puteri Mako dikatakan telah menjadi sukarelawan di Muzium Seni Metropolitan walaupun suaminya bekerja di syarikat perguaman. Muzium tersebut sangat dekat dengan rumahnya, kira-kira 10 minit.

IKLAN

Menurut sumber, Mako memilih menjadi sukarelawan kerana dia mempunyai pengalaman sebagai penyelidik di Muzium Universiti Tokyo dan ijazah dalam bidang seni dan warisan budaya.

Foto – Japan Times

Dipetik daripada Japan Times, Mako telah terlibat dalam sebuah pameran lukisan. Dia memperkenalkan lukisan inspirasi kehidupan sami Buddha yang menggembara ke seluruh Jepun berabad dahulu kepada penganut Buddha yang lain.

Selain menghabiskan hari-harinya sebagai sukarelawan di muzium, Mako juga dilaporkan sering dilihat di beberapa pasaraya dan pusat membeli-belah.

Nampak sangat happy kan?

Tags: puteri jepunputeri makoputeri mako komuro
Share20SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Ini Mungkin Salon Pertama Yang Menawarkan Khidmat Jururias ‘Lelaki Sado’

  3. 3

    Tak Lagi Jadi Puteri Jepun, Ini Yang Dilakukan Oleh Puteri Mako Komuro

  4. 4

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  5. 5

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.