Kalau ditanya apa produk penjagaan kulit yang mahal, rata-rata memberi jawapan La Mer, SK-II, Dr.Murad, Drunk Elephant, tak pula kita dengar orang menyebut Elemis.
Produk penjagaan kulit dari Britain, Elemis mungkin sudah kukuh di pasaran tapi sayangnya di Malaysia, nama Elemis masih samar-samar.
Info, Elemis menawarkan faedah anti-penuaan dan penambah baikan kulit yang kamu tidak dapat perolehi daripada produk lain. Ia membantu wanita pada usia tertentu kelihatan lebih muda, yang boleh meningkatkan keseluruhan kesihatan dan kesejahteraan mereka.
- Foto – Elemis
Sedikit sejarah Elemis. Elemis diasaskan oleh pendidik dan ahli terapi Noella Gabriel dan Sean Harrington pada tahun 1990 di London. Selain daripada produk kulit, Elemis turut mempunyai rangkaian produk untuk spa dan salun profesional.
Jika kamu tertanya-tanya adakah produk Elemis berbaloi dengan harga, DIVA dengan yakin kata ya! Berikut antara produk Elemis yang memberikan hasil terbaik dan berbaloi beli.
Pro-Collagen Super Cleansing Treatment Balm
Cleansing Balm dengan campuran Luxurious Rose, Mimosa, Starflower, Elderberry, minyak Optimega, dan alga anti-penuaan yang dipanggil Padina Pavonica. Bahan ini berfungsi untuk pembersihan yang mendalam.
- Foto – Elemis
Ia menanggalkan kotoran dengan lembut dan berkesan. Bila pakai, kamu akan dapat kulit yang dipelihara, diperbaharui, berseri dan lembut, menjadikannya kelihatan lebih muda.
Dynamic Resurfacing Skin Smoothing Night Cream
Kompleks lipid dengan kesan anti-pengoksidaan mengembalikan khasiat dan kejernihan kulit yang hilang. Bahan-bahan lain seperti asid amino berfungsi untuk menyasarkan garis dan kedutan.
IKLAN
- Foto – Elemis
Krim malam ini mengaktifkan kitaran pembaharuan sel semula jadi kulit, menjadikan kulit licin semasa kamu mendapat tidur malam yang nyenyak.
BIOTEC Skin Energizing Skin Care System
Ia meningkatkan kulit dengan kompleks bio-tenaga antara copper dan zinc. Formula juga mengandungi elektrolit penghidratan dan peptide air untuk penghidratan.
- Foto – Elemis
Krim siang ini berbaloi untuk meningkatkan sel, menyegarkan semula kulit, serta memberikan rupa yang diperbaharui. Kalau kamu mahukan kulit terasa licin, bertenaga sihat dan kelihatan lebih muda, krim ini berkesan.
Pro-Definition Facial Oil
Dengan hanya 3 ke 4 titis Pro-Definition Facial Oil pada muka dan leher, kamu dapat memperbaiki sebarang kulit yang menipis dan kendur yang disebabkan oleh proses penuaan.
- Foto – Elemis
Minyak muka sangat bagus untuk mereka yang kulitnya kurang ketumpatan kerana usia, membantu memperbaiki penampilan struktur rahang, kedutan di sekitar mulut, dan kawasan masalah lain yang berkaitan.
Pro-Collagen Marine Cream
- Foto – Elemis
Dirumus dengan bahan aktif marin dan tumbuhan yang berkuasa untuk menghilangkan kehausan kulit. Ia menyuburkan dan menghidratkan kulit sambil mengurangkan penampilan garis-garis halus, menghasilkan wajah yang lebih tegang dan segar.
Kesimpulannya, nak tahu bagus ke tidak? Kamu kena cuba dulu dan lihat kesan pada kulit.