Wah seronoknya! Nak jugalah macam Diana Danielle, boleh nikmati banyak tawaran menarik untuk melancong, menginap dan beriadah dengan ‘Raya Sana Sini’!
Bersempena dengan bulan Syawal yang bakal menjelma, aplikasi Traveloka telah melancarkan kempen ‘Raya Sana Sini’. Menerusi kempen ini anda berpeluang untuk nikmati lebih banyak tawaran yang menarik daripada Traveloka.
Dengan harga yang berpatutan, selamat dan melancarkan perjalanan, anda boleh membuat perancangan perayaan Aidilfitri dengan hanya menggunakan aplikasi tersebut.
Bukan itu sahaja, anda juga layak untuk mendapat pengecualian cukai memandangkan Traveloka telah berdaftar dengan Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (MOTAC).
Jadi apakah tawaran menarik yang anda boleh nikmati di Traveloka? Mari DIVA kongsikannya;
#1 Anda boleh nikmati tawaran Makan Malam Bufet Warisan Kita di Serena Brasserie. Bufet Ramadan ini telah dicipta khas dan hanya ditawarkan setahun sekali sahaja. Menariknya ada hidangan istimewanya iaitu Nasi Kukus Balqish, Kari Kepak Barramundi, Rendang Ayam Tok Nek, Kambing Golek 7ujuh Keturunan dan banyak lagi.
#2 Selain itu kamu juga boleh nikmati pakej bilik yang ditawarkan iaitu pakej menginap sambil berbuka puasa dan bersahur. Digelar “Break-Away”, anda boleh menginap sambil menikmati hidangan yang disediakan khas untuk anda.
#3 Sambil-sambil merancang percutian anda semasa perayaan Aidilfitri, gunakan kod kupon Duit Raya daripada Traveloka iaitu TVLKRAYA550. Anda boleh nikmati diskaun tambahan hingga RM120.
Best sangat tawaran Traveloka kan? Jadi jangan lepaskan peluang untuk nikmati semuanya pada Hari Raya ini tau!