Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Fesyen

#PusingSelangorDulu Cari Baju Raya Cantik-Cantik Di 6 Lokasi Ini!

by Lisa AG
April 25, 2022
Foto - HoneyKids Asia

Foto - HoneyKids Asia

135
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

“Dah cari baju raya ke belum?” Kalau tak tahu nak ke mana, datang #PusingSelangorDulu dan memang puas hati buat persiapan Aidilfitri di sini.

Terdapat pelbagai jualan, diskaun dan promosi yang ditawarkan kepada orang ramai untuk membawa lebih banyak kegembiraan dan kebahagiaan pada musim perayaan ini.

#PusingSelangorDulu ke 7 lokasi tumpuan di Negeri Selangor seperti yang tersenarai bagi memeriahkan lebaran.

SACC Mall, Shah Alam

Foto – Time Out

SACC Mall ialah destinasi yang mesti dikunjungi oleh pembeli, dengan gabungan kedai yang menarik yang menawarkan pelbagai pilihan dan harga. Sepanjang tahun, acara dan promosi menarik dirancang untuk meraikan setiap perayaan utama.

Bangi Sentral

Foto – Carousell

Hab perniagaan ini terkenal sebagai pusat perniagaan di Bandar ini yang menempatkan pelbagai jenis perniagaan. Dalam 80-unit kedai di sini, kebanyakannya adalah restoran dan butik fesyen!

IKLAN

Melawati Mall

Foto – Green Building Index

Terdapat lebih 200 kedai runcit di pusat beli-belah lapan tingkat ini. Ianya menyediakan gabungan ideal        fesyen antarabangsa dan tempatan, hiburan, konsep rumah dan gaya hidup serta pilihan tempat makan yang pelbagai.

Seksyen 7, Shah Alam

Foto – Blogspot Dengarlah Ceritaku

Seksyen 7, Shah Alam menjadi lokasi yang menempatkan pelbagai jenama dan butik fesyen menjual fesyen Muslimah yang menawan dan berkualiti tinggi seperti jenama Bella Ammara, Hatta Dolmat, LosraVelda dan banyak lagi.

The Curve, Mutiara Damansara

Foto – Wikipedia

Lebih 200 perniagaan runcit dan 60 perniagaan makanan tersedia di The Curve, Mutiara Damansara. Terdapat banyak pilihan dari segi fesyen, kecantikan, kesihatan, barangan kanak-kanak, buku, kelengkapan rumah, barang kemas, aksesori, serta makanan dan minuman.

Kompleks PKNS Shah Alam

Foto – Kompleks PKNS

Merupakan pusat beli-belah pertama di Shah Alam. Kompleks PKNS Shah Alam menyediakan pengalaman membeli-belah yang menyeronokkan yang juga menjimatkan kos.

Jom Shopping!

Tags: #pusingselangordulubaju rayaraya 2022
Share54SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  3. 3

    #PusingSelangorDulu Cari Baju Raya Cantik-Cantik Di 6 Lokasi Ini!

  4. 4

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  5. 5

    Aircond ‘Off’ Dengan Sendirinya, Ini Sebab Kena Tahu

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.