Tak sabarnya nak tunggu Hari Raya Aidilfitri menjelma kerana waktu itulah kita boleh meraikan ‘kemenangan’ selepas sebulan berpuasa kan?
Psst… Selain baju Raya, kamu ada tak lakukan persiapan untuk kelengkapan solat Raya nanti? Jika sudah beli telekung, sejadah atau songkok baru, DIVA nak tahu kamu ada tak beg yang sesuai? Bukan apa beg tote tersebut adalah untuk bawa semua kelengkapan itu.
Jika tiada beg yang sesuai, DIVA nak syorkan beberapa beg tote yang boleh bawa kesemua barangan kamu untuk solat Raya nanti.
DIOR Large Book Tote
Direka dengan motif DIOR Oblique biru yang menonjol, beg tote ini boleh dibawa dengan tangan atau dipakai di bahu. Ikut keselesaan masing-masing.
Chanel Large Tote
Dilengkapi dengan tali silver-tone chain, beg tote berona putih ini sesuai dipadankan dengan mana-mana warna telekung atau baju Raya kamu. Manakala beg pouch yang disertakan sekali dengan beg tote ini boleh diisi dengan wang atau telefon pintar.
IKLAN
Prada Raffia Tote Bag
Beg tote bersiluet lembut ini diperbuat daripada rafia iaitu bahan ringan semula jadi. Nampak simple tapi sangat kukuh untuk bawa kelengkapan solat Raya kamu ye.
Bottega Veneta Arco Tote
Siapa yang sukakan gaya beg tote yang minimalis, Arco Tote daripada Bottega Veneta ini direka khas untuk kamu dengan sedikit hint mewah dan eksklusif.
Marc Jacobs Monogram Jacquard Tote Bag
Dicetak dengan signature Marc Jacobs, beg ini sesuai untuk kamu yang mahukan gaya ikonik dan mahal. Saiznya yang besar sesuai untuk kamu bawa kelengkapan solat Raya.
Bukan hanya muat kelengkapan solat tau! Nak letak gajet, mainan anak atau alat solek pun muat.