Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Gaya Hidup

Le Creuset & SMEG, Alatan Memasak Mewah Idaman Ramai

by Iza B
April 24, 2022
Foto - Taste of Home

Foto - Taste of Home

21
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Jenama Le Creuset dan SMEG antara alatan memasak mewah yang memberi nilai baru dalam industri dapur. Ramai yang mula mengumpul perkakas dari dua jenama popular ini, tidak kira dari item kecil hinggalah yang besar.

Anda baru lagi nak cuba barang dari Le Creuset atau SMEG? Tak tahu nak beli yang mana dulu. DIVA garapkan item must have untuk newbies dapur macam anda.

4 perkakas dapur wajib dari Le Creuset menurut DIVA…

#1 Le Creuset Signature Oval French Oven [BELI]

Antara item paling wajib beli dari Le Creuset ialah periuk Oval French Oven yang boleh memasak pelbagai hidangan berkuah dan terus boleh dihidang dari periuk. Diperbuat dari cast iron yang berperanan mengimbangi haba dalam periuk supaya masakan dimasak dengan sekata dan menjimatkan gas.

Foto – Delish

Ada banyak pilihan saiz periuk dari 18 cm hingga 25 cm, begitu juga dengan pilihan warna periuk signature Le Crueset ini. Periuk ini boleh digunakan di atas dapur gas, elektrik atau dalam ketuhar.

#2 Le Creuset EOS Casserole [BELI]

Takut nak beli periuk yang besar-besar, boleh cuba Casserole comel ini. Ia amat sesuai untuk sup, hidangan mee berkuah atau sekadar untuk membuat sos pencicah. Kalau dapur bujang, wajib ada satu sebagai penaik seri dapur.

Foto – Belle Mansion

Ada dua saiz iaitu 18 cm dan 20 cm serta beberapa warna pastel merah jambu, biru, hijau dan merah.

#3 Le Creuset Buffet Casserole [BELI]

Bagi anda yang suka makan hidangan one pot seperti steamboat, tteokbokki, sukiyaki atau pasta. Pasti terkenan dengan peiuk casserole yang bulat dan lebar ini. Cantik betul kalau diletak atas meja makan dan sesuai untuk saiz hidangan sekeluarga.

Foto – Culinaris Kuchenaccessoires

Jangan tekejut, untuk Le Creuset Buffet Casserole, anda akan dapat jaminan penggunaan seumur hidup.

#4 Le Creuset Round Skillet [BELI]

Tak lengkap di dapur kalau tiada kuali leper atau Le Creuset Round Skillet. Macam-macam boleh masak dengan kuali ini sebagai contoh ikan bakar, sayur campur goreng dan macam-macam lagi.

Foto – Kitchen Warehouse

Kalau tak pakai untuk masak, boleh jadi hiasan di dapur. Ada dua saiz skillet yang boleh anda pilih saiz kecil 23 cm dan besar 26 cm.

IKLAN

DIVA cadang anda patut beli ini dari SMEG…

#1 SMEG 50’s Retro Style Electric Kettle [BELI]

Walaupun hanya cerek air elektrik tapi rekaannya yang retro buat ramai yang tak senang duduk. Cerek air ini memang sangat cantik dengan warna material stainless steel yang berkilat dan mewah.

Foto – Smeg UK

Kapasiti cerek SMEG yang besar ini boleh mengisi 1.7 liter air atau bersamaan 7 cawan minuman. Ada tetamu datang, boleh lah hidang air panas dengan cerek SMEG.

#2 SMEG 50’s Retro Style Mini Electric Kettle 0.8L [BELI]

Kurang bajet nak beli cerek yang besar? Boleh ganti dengan cerek SMEG yang kecil pula. Apa yang beza dari cerek yang besar ialah saiz mini ini ialah luar badan cerek menggunakan plastik dan digilap dengan warna glossy.

Foto – ECS Coffee

Begitu juga dengan isipadu cerek lebih terhad, hanya 0.8 liter atau cukup untuk 3 cawan air. Okaylah untuk keluarga kecil atau mereka yang tinggal sendirian.

#3 SMEG 50’s Retro Style 2 Slice Toaster [BELI]

Paling ramai pilih pembakar roti kalau first time melabur dalam perkakas SMEG. Ianya sememangnya cantik, berkualiti dan memberi konsep estetika pada dapur anda.

Foto – Pinterest

Walaupun rekaan retro tapi ciri-ciri pembakar roti ini cukup moden dan pelbagai guna. Anda bukan sahaja boleh bakar roti, malah waffle, bagel, donut dan banyak lagi. Ia mempunyai 6 pilihan pemanasan, dulang sisa roti dan program pemanas untuk reheat, defrost dan bagel.

#4 SMEG 50’s Retro Style Blender [BELI]

Mesin pengisar SMEG ini boleh dijadikan sebagai pembuat jus buah, jus sayuran atau smoothie. Ia mempunyai motor yang kuat disamping bilah pengisar yang boleh menghaluskan ais dengan baik sekali.

Foto – TechRadar

Isipadu blender retro ini 1.5 liter bersama bekas pengisar yang mempunyai ukuran cecair untuk memudahkan aktiviti memasak.

Sudahlah cantik di mata, boleh memasak pelbagai hidangan pula itu. Senang kata ia benda yang mahal dan berguna. Berbaloi!

Tags: dapur aestheticla crueset malaysiasmeg malaysia
Share8SendShare

IKLAN

Artikel Berkaitan

Sakit Senggugut Tak Lama Bila Kamu Ikut Teknik Senaman Yoga Ini…
Gaya Hidup

Sakit Senggugut Tak Lama Bila Kamu Ikut Teknik Senaman Yoga Ini…

January 28, 2023
Tips Jana 4 Kimia Kegembiraan Dalam Diri! Barulah Tak Selalu Stress
Gaya Hidup

Tips Jana 4 Kimia Kegembiraan Dalam Diri! Barulah Tak Selalu Stress

January 21, 2023
Peminat Buku Sekalian! Kenali Penulis Wanita Tempatan & Karya Terbaik Mereka
Gaya Hidup

Peminat Buku Sekalian! Kenali Penulis Wanita Tempatan & Karya Terbaik Mereka

January 14, 2023
Tangan Sakit Sebab Selalu Pegang Phone, Cuba Senaman Regangan Mudah Ini
Gaya Hidup

Tangan Sakit Sebab Selalu Pegang Phone, Cuba Senaman Regangan Mudah Ini

January 7, 2023
Artikel Selanjutnya

Trending

  1. 1

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  2. 2

    Seriuslah Berkesan?! Wanita Makan HKT Tak Sampai 3 Bulan Dah Turun Berat 15 KG

  3. 3

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  4. 4

    5 Sebab Bukit Tunku Jadi Tempat Paling Ngeri Di KL

  5. 5

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@diva.my




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.