Terpersona betul kalau memandang senyuman seseorang dengan baris gigi yang rapi dan warna gigi yang putih berseri. Malah kita boleh beranggapan, mereka sangat mengambil berat tentang kebersihan dan kesihatan gigi.
Jika kita biasa dengar ‘dari mata turun hati’ tapi kali ini DIVA nak tukar ‘dari gigi turun ke jiwa’.
Bagi menjaga warna gigi supaya tidak kekuningan, kelihatan lebih putih dan sihat. Boleh cuba tips yang DIVA sediakan ini.
#1 Minum kopi guna penyedut minuman.
Buat anda penggemar kopi, hati-hati! Kemungkinan gigi anda kekuningan dari kesan kafein. Cadangan dari DIVA, anda boleh nikmati kopi dengan menggunakan penyedut minuman. Namun ia sesuai untuk kopi sejuk atau kopi ais.
Kalau anda minum kopi panas, setengah jam atau satu jam selepas makan anda boleh memberus gigi. Ini bukan sahaja untuk membersih gigi tetapi menjaga kualiti enamel gigi.
#2 Kerap lakukan pemeriksaan gigi
Seringkali rutin pemeriksaan gigi diambil ringan kecuali bila sakit gigi atau gusi. Tahukah anda, apabila anda rajin ke klinik gigi sekurang-kurangnya sekali setahun boleh menyelamatkan gigi dari tartar atau karang gigi.
Salah satu punca gigi kuning dan mulut berbau akibat dari karang gigi yang terkumpul. Jadi buat temu janji dengan doktor gigi anda sekarang!
#3 Jangan lupa berus lidah
Berus gigi tapi tak berus lidah sekali, memang merugikan. Lidah yang tidak bersih boleh menyebabkan pembentukan bakteria sekaligus pembentukan karang gigi.
IKLAN
Hanya guna berus gigi yang sama, berus lidah anda dari belakang ke hadapan kemudian dari setiap sisi. Kumur guna air biasa atau ubat kumur. Senang jer.
#4 Makan sayur & buah pemutih gigi
Tak sangka rupanya ada sumber makanan yang membantu membersihkan gigi. Anda boleh dari sayuran dan buah-buahan tekstur rangup seperti epal, lobak dan saderi. Ia boleh mencuci gigi dari plak dan memberi bau mulut yang segar.
Selain itu, buah-buahan yang tinggi vitamin C atau antioksida pula sangat baik untuk melindungi gusi dan menjaga tisu gusi dari kerosakan sel atau jangkitan kuman.
#5 Rutin penjagaan gigi yang baik
Jangan persoalkan kenapa ada orang gigi kuning, ada yang putih sebab jawapannya ialah dari sikap yang rajin dan ambil tahu tentang penjagaan gigi.
Mudah sahaja, berus gigi dua kali sehari dan lakukan floss sekurang-kurangnya satu kali sehari.
Hendak atau tak nak ianya dari diri anda juga, tiada orang yang bertuah dilahirkan dengan gigi putih sepanjang hayat.
Selamat beramal!