Pemilihan tudung untuk bersukan tidak boleh dipandang ringan kerana ia memberi pengaruh kepada prestasi anda.
Walaupun sudah muncul tudung sukan dikalangan jenama besar seperti Nike dan Adidas, namun anda masih perlu belajar tentang fabrik, potongan rekaan dan paling penting menjaga aurat.
Fabrik
Jenis fabrik yang terbaik untuk tudung sukan ialah fabrik yang ringan, menyerap peluh dan cepat kering. Anda boleh pilih tudung dari bahan campuran polister yang bukan sahaja menyerap kelembapan malah pantas mengeringkan semula fabrik.
Jadi sepanjang anda aktif bersukan, bahagian kepala, leher dan rambut tidak diganggu dengan peluh dan anda boleh meneruskan aktiviti secara sempurna.
Tudung People Najwa Sport Wave [RM89]
Anda juga boleh melihat pada tekstur fabrik tudung untuk kesan breathable, iaitu untuk tudung sukan yang tidak panas.
Sama seperti fabrik baju jersi iaitu material jenis mesh yang mempunyai lubang halus membantu kulit untuk bernafas. Selain itu, anda boleh pilih tudung sukan dari material wafer pique, waffle atau stripe pique yang juga memberi kesan sejuk pada kulit.
Rekaan
Sebaiknya cari jenama tudung sukan yang mempunyai variasi rekaan dan bentuk tudung yang dapat memberi keselesaan mengikut citarasa anda.
Dari pengalaman DIVA, rekaan tudung sarung adalah yang terbaik. Anda tak perlu buang masa untuk pin tudung atau mengikat tudung. Malah ia juga boleh mengelakkan dari sebarang kecederaan semasa bersukan.
ViQ Sleeveless Hijab Top [RM69]
IKLAN
Jika anda suka mendengar muzik semasa jogging atau bersenam aerobik, cari tudung dengan ciri lubang sembunyi earphone.
Selain itu, jangan lupa tentang labuh ukuran tudung supaya aurat tetap terjaga dan anda masih kelihatan sopan.
Jenis tudung sukan
Terdapat beberapa jenis tudung sukan yang boleh disesuaikan mengikut kategori sukan.
Ya, ada material tudung yang dibuat khas untuk aktiviti air seperti berenang, menyelam dan sebagainya.
Kalenji – Decathlon Women Running Hijab [RM29]
Bagi aktiviti fizikal yang melibatkan seperti hiking, berlari, boxing atau setara. DIVA cadangkan tudung sukan yang fit atau boleh tuck in didalam baju supaya lebihan tudung tidak menggangu pergerakan anda.
Tudung sukan yang tidak panas bukan dari pengaruh fabrik semata-mata. Ia bergantung pada bentuk tudung, saiz dan paling penting aktiviti senaman yang anda lakukan sesuai atau tidak dengan tudung.
Sama juga bila kita pakai kasut bola untuk jogging, tidak cocok bukan?
Semoga artikel ini memberi sedikit pendedahan tentang wanita berhijab yang aktif bersukan. Tudung main peranan!