Meneliti wajah di cermin, baru penulis perasan yang kebanyakan produk penjagaan kulit dari Perancis, seperti Bioderma, Avene, La Roche-Posay dan beberapa lagi. Bukan apa, penulis menyukainya kerana ia menyenangkan pada kulit.
Kenapa ada orang memilih produk kelahiran Perancis? Mungkin kerana ia mempunyai pendekatan yang lebih cepat dan cekap. Mereka juga cenderung ke arah rupa yang sangat semula jadi, jadi tiada tekstur berat dan asas tebal. Wanita Perancis menerima ketidaksempurnaan mereka sebagai sebahagian daripada mereka.
Tapi ini tidak bermaksud, produk negara lain tak bagus cumanya penulis agak bias dengan produk Perancis. Kalau kamu nak mencuba produk Perancis, di bawah antara yang the best dan bestseller.
Bioderma
Bioderma cukup sinonim dengan rangkaian makeup remover. Micellar water jenama itu mungkin merupakan salah satu produk penjagaan kulit yang paling terkenal, dengan jurusolek dan selebriti menggunakannya bertahun-tahun.
- Foto – Pinterest
Tuang micellar water ini pada pad kapas dan sapu pada kulit untuk menanggalkan solekan yang paling sukar sekalipun.
Avène
Dinamakan sempena wilayah Perancis di mana ia diasaskan, Avène mempunyai asal usul yang unik. Menurut cerita, seekor kuda dengan kulit bermasalah telah sembuh selepas minum dan berenang di mata air di Avène pada tahun 1700-an. Ia menjadi tempat kemudahan dermatologi di mana pesakit akan datang untuk menyembuhkan pelbagai penyakit kulit dengan mata air ajaib ini.
- Foto – Marie Claire Australia
Merupakan pilihan utama wanita untuk thermal spring water. Gunakannya selepas pembersihan, untuk menetapkan solekan atau untuk menenangkan kulit supaya kelihatan lebih sihat dan berseri.
IKLAN
La-Roche Posay
Jenama ini bekerjasama dengan pakar dermatologi untuk mencipta formula yang berkesan, dan semua produk adalah bukan komedogenik (bermakna bahawa ia tidak akan menyumbat pori-pori) dan diuji pada kulit sensitif.
- Foto – Care To Beauty
Selain itu, jenama ini disarankan oleh pakar dermatologi semasa serangan jerawat hormon yang sangat teruk membuktikan keberkesanannya.
Clarins
Clarins merupakan salah satu jenama penjagaan kulit ikonik di dunia. Formulanya menggabungkan ekstrak tumbuhan dan saintifik penyelidikan.
- Foto – Good Housekeeping
Double Serum, produk terlaris Clarins sangat popular sehinggakan satu botol terjual setiap lima saat di seluruh dunia. Mengandungi sejumlah besar bahan botani anti-radang dan antioksidan, bahan ini betul-betul berkesan pada kulit.
Caudalie
Rosie Huntington-Whiteley, Victoria Beckham dan ramai lagi bersumpah dengan Caudalie Beauty Elixir. Kamu boleh menggunakannya mengikut cara yang kamu mahukan. Mungkin sebagai toner, atau untuk menetapkan solekan. Bau semula jadi dari orange blossom, pudina dan rosemary dikatakan sangat menenangkan deria.
- Foto – Ali Express
Kamu cuba beli dan rasai perubahan pada kulit.