Jika kulit kamu memerlukan sedikit tambahan penghidratan, OLEHENRIKSEN ada penyelesaiannya!
Bukan setakat lebih terhidrat, tapi lebih cerah dan berseri-seri juga, semuanya datang dari khasiat Vitamin C pada produk. OLEHENRIKSEN memperkenalkan tambahan baru kepada koleksi ikonik Truth Collection – BARRIER BOOSTER ORANGE FERMENT ESSENCE.
- Foto – Olehenriksen
Essence yang ringan namun berkuasa untuk menggandakan penghidratan kulit, mencerah dan mempertahankan kulit daripada radikal bebas dan pencemaran, sambil menyediakan kulit untuk sepanjang rutin dan menguatkan skin barrier.
IKLAN
BARRIER BOOSTER ORANGE FERMENT ESSENCE mempunyai tekstur yang ringan dan cepat menyerap dan manfaat serum yang menghidratkan. Formula vegan padat dengan vitamin C, asid hyaluronik, asid polyglutamic dan niacinamide, untuk memberi kelembapan, struktur kulit yang lembut dan kelihatan sihat.
- Foto – Olehenriksen
Khasiat dari buah Oren;
- Ekstrak kulit oren yang ditapai untuk membantu menyubur dan menyegarkan kulit.
- Sel stem oren untuk memberikan perlindungan antioksidan.
- Vitamin C membantu mencerah dan mempertahankan kulit daripada pencemaran.
- Asid hyaluronik & poliglutamik untuk kelembapan dan membantu menggebukan kulit dengan penghidratan.
- Niacinamide untuk menyokong kulit yang jelas dan kelihatan sihat.
Kamu boleh dapatkan produk ini pada harga RM198 di www.sephora.my.