Selepas berehat selama dua tahun kerana pandemik COVID-19, Festival Coachella Valley Music & Arts kini kembali ke Indio, California.
Selain disajikan dengan persembahan terbaik, ramai yang tertunggu-tunggu dengan trend fesyen Coachella. Sekali pandang sudah seperti berada di Minggu Fesyen tau.
Daripada penampilan penghibur seperti Harry Styles, Megan Thee Stallion hingga Doja Cat, semuanya nampak sangat ‘Wow!’. Bukan itu sahaja, lihatlah fesyen tetamu selebriti yang hadir, setiap seorang sangat memukau dengan pilihan fesyen sendiri.
Untuk gaya pertama, Vanessa Hudgens mengenakan gaun Natalia Fedner, pakaian renang Triangl dan but daripada Thursday. Manakala gayanya yang kedua pula, dia mengenakan set lengkap hot pink iaitu crochet halter bra dan seluar palazo daripada Triangl.
Ketika persembahannya, Megan Thee Stallion mengenakan persalinan berona perak daripada Dolce & Gabbana. Dia turut mengenakan gaun grafik pastel daripada Moschino dan dipadukan dengan gaya rambut high ponytail.
Harry Styles pula mengenakan sut lengkap berkilau daripada Gucci. Unik seperti biasa kan?
IKLAN
Bretman Rocks memilih Ottolinger dengan memakai persalinan hijau daripada head-to-toe. Gaya kedua pula, Bretman mengenakan pakaian daripada Diesel.
Sama seperti Bretman Rock, Doja Cat turut memilih pakaian daripada Ottolinger. Di bahagian dadanya, Doja memakai coli berukir yang mengelilingi badannya. Manakala seluarnya berwarna matahari terbenam, dipadankankan dengan kasut platform serta kaca mata hitam-merah. Untuk persembahannya pula, penyanyi ini memakai bodysuit yang kelihatan seperti diselaputi oleh api daripada Eyanatia.
Conan Gray dalam pakaian serba-serbi merah jambu yang direka khas oleh Valentino. Penampilannya terdiri daripada seluar, kasut platform dan sheer dress yang flowy.
Penyanyi Anitta pula mengenakan halter crop top denim dan unbuttoned jeans yang dihiasi dengan kilauan. Untuk persembahannya, dia mengenakan pakaian daripada Roberto Cavalli iaitu bra top yang mempunyai chain di bahagian lengan dan seluarnya pula dihiasi dengan fringe batu-batuan.
Tampil serba ringkas, Kendall Jenner mengenakan cropped tank top, loose cargo, beg tangan mini dan kaca mata dalam persalinan berona putih.
Sepanjang Coachella berlangsung, DIVA perasan kebanyakan fesyen yang dikenakan adalah warna yang cerah, berani dan Y2K.