Bukan main terkejut lagi DIVA bila Jennifer Lopez dan Ben Affleck mula secara rasmi keluar secara pasangan di karpet merah Festival Filem Antarabangsa Venice pada September 2021. Itu sebuah khabar berita yang membuat ramai tergamam dan #bennifer mula membanjir ruang tanda pagar di segenap media sosial terutamanya di Instagram.
Bayangkan selama 16 tahun putus tunang pada Januari 2004, mereka kembali bersama. Kini, April 2022 mereka kembali kuat dengan mengikat semula tali pertunangan dengan Ben menyarung cincin batu permata hijau di jari manis JLo. Malah lebih serius, mereka mula mencari beberapa rumah agam baru di Los Angeles sebagai ikrar terakhir.
Kenapa ramai yang gilakan berita tentang #bennifer?
Sekitar tahun 2000, percintaan antara dua selebriti A-list Hollywood menjadi ikutan ramai. Temasuklah JLo dan Ben Affleck yang ketika itu dua individu muda berjaya dan rupawan. Mereka sentiasa menjadi buruan media, peminat dan paparazzi.
Seingat DIVA dahulu majalah-majalah gossip dari luar negara pasti menggunakan imej mereka sebagai wajah muka hadapan. Ada sahaja topik yang ingin dipertengahkan tentang mereka.
- Foto – SheKnows
Biasalah, pihak tabloid nak lariskan majalah bukan?
Namun, setelah 18 bulan bersama tekanan dari media mula dirasai oleh pasangan ini.
Bermula pada tahun 2002
JLo dan Ben mula rapat apabila bekerjasama dalam sebuah filem Gigli dimana ketika itu masih lagi berstatus isteri orang iaitu suami keduanya, Cris Judd.
Jangan terkejut selepas sahaja kecoh gambar-gambar mesra dan cumbuan Ben dan JLo sekitar Julai 2002, sebulan kejadian itu JLo menfailkan perceraian ke atas suaminya. Atas sebab sudah satu bulan berpisah dan tidak tinggal bersama.
Kemudian, mereka buat kemunculan dalam muzik video lagu hits “Jenny From the Block” yang mengisahkan latar belakang kehidupan sebagai seorang JLo. Sudah tentu Ben ‘berlakon’ sebagai teman lelakinya dan setiap babak yang diluahkan dalam muzik video memaparkan kesibukan mereka di kejar paparazzi.

Apa masalah sebenarnya?
Tekanan dari media yang semakin menjadi-jadi membuat hubungan Ben dan JLo mula keroh.
Ketika itu, Ben tidak berapa gemar hubungan mereka didedahkan. Sebaliknya JLo yang lebih selesa bercerita pada media tentang apa jua tentang kisah cinta mereka.
Tapi itu tidak bermaksud mereka not in loved. Sesungguhnya, kita dapat lihat setiap kali mata bertaut pasti bersinar dan tersenyum manis.
- Foto – Remezcla
Walaupun begitu, usia pertunangan mereka hanya sementara dari November 2002 kemudian berakhir pada September 2003. Malah majlis perkahwinan yang dianggarkan jemputan 400 tetamu di Santa Barbara, California turut dilupakan begitu sahaja.
Ditambah pula tekanan kutipan filem Gigli sekitar Ogos 2003 tidak mendapat sambutan hebat walaupun tunjang utama adalah hot couple ini. Hanya mendapat $7.7 juta daripada bajet filem $75.6 juta, kalau anda lihat rating di IMDb sekarang pun hanya 2.6/10 bintang.
Bawa haluan masing-masing
Nama #bennifer mula surut apabila JLo berkahwin dengan penyanyi Marc Anthony, manakala Ben bersama pelakon terkenal Jennifer Garner. Masing-masing dikurniakan cahaya mata dan media semakin melupakan kehangatan #bennifer.
Menariknya, perpisahan mereka berdua bukanlah kecoh kerana pergaduhan tetapi hanya diam diselitkan siaran akhbar dari pengurusan Jennifer Lopez.
Bila di soal tentang kisah lalu, JLo mahupun Ben jujur dengan situasi dahulu. Mereka sama-sama kesal dengan kisah cinta itu dan saling mendoakan kejayaan karier.
- Foto – Yahoo
2019: Kembali bersama kerana PR
Wujud desas-desus mengatakan hubungan #bennifer2.0 hanya sekadar trik PR untuk menyambut ulangtahun ke-20 tahun “Jenny From the Block”.
Apatah lagi apabila Ben Affleck bercerai pada 2018 diikuti Jennifer memutuskan pertunangan dua tahun bersama J. Rodriguez.
Biarpun dibualkan sebagai helah media, tapi dengan berita pertunangan kali kedua ini membuktikan walaupun hampir dua dekad berpisah mereka masih merindui hati masing-masing.
- Foto – PerthNow
Apa yang menyentuh hati, Jennifer Lopez mengungkapkan kata syukur dan terasa dirinya cukup bertuah kerana diberi peluang kedua untuk bersama Ben.
Benarlah, kalau jodoh tak kemana. Kita hanya boleh menilai luaran, dalam hati mereka siapa yang tahu?