Tahun ini stoking dijangka menjadi aksesori utama sebagai pelengkap gaya fesyen. Lebih-lebih lagi bila muncul di pentas peragaan musim bunga/panas Versace, Fendi, Dior, Miu Miu malah Prada. Stoking ialah aksesori yang mudah didapati, murah tapi ada kadangnya sulit untuk digayakan.
Ia tidak boleh sesuka hati untuk pakai takut nanti hasilnya kelihatan janggal dan kelakar. Stoking boleh jadi cantik atau big mistake pada sesuatu outfit.
Jadi macam mana nak gayakan stoking, terutamanya mengikut rentak pentas peragaan?
Pilih jenis stoking yang sesuai dengan set outfit
Tanpa kita sedar terdapat beberapa jenis stoking di pasaran seperti stoking sukan, stoking renda, stoking panty hose dan banyak kali. Pilih stoking yang tepat dengan outfit anda. Sebagai contoh, crew socks atau stoking sukan dipadankan dengan t-shirt dan cycling shorts.
Ambil contoh gaya Gigi Hadid ini, beliau bijak bermain gaya kasual yang baharu bersama jaket denim, t-shirt polos, cycling shorts dan selamba menyarung sandal dengan stoking.
- Foto – Pinterest
Jangan sesekali pakai stoking sukan dengan kasut tumit tinggi! Itu memang sengaja nak cipta padah jadi mangsa fesyen.
Lain pula dengan gabungan heels dan dress, anda boleh guna stoking paras buku lali atau stoking panjang yang dihiasi renda, sulaman, batu permata atau swarovski.
IKLAN
- Foto – Allure
Lihat gaya Sarah Jessica Parker yang memang selalu sangat menyarung stoking dengan heels serta dress. Beliau pilih stoking panjang dari sulaman Gucci dan stoking renda. Tidak langsung kelihatan pelik, malah sangat feminin dan berkeyakinan.
Kena pandai match warna stoking dengan baju
Sebenarnya bila pilih warna stoking sama sahaja bila kita nak matching warna beg tangan, hijab, topi, kasut dengan pakaian.
Peraturan yang pertama ialah tiada peraturan untuk bermain warna stoking. Anda boleh guna warna yang sama pada corak dress, beg tangan atau kasut.
- Foto – Emanuele D’angelo / Vogue
Kalau anda ingin dapatkan ilusi bentuk kaki yang panjang, boleh pilih rona-rona yang senada dengan skirt atau seluar anda.
Bukan sahaja berfesyen dengan stoking cipta trend baharu tapi anda juga dapat menjaga kaki. Tunggu apa lagi, dah boleh kumpul semula koleksi stoking untuk tahun ini.
Ayuh, kita galak bergaya dengan stoking!