“Canriknya hiasan kali ini. Nampak sangat meriahlah sambutan Hari Raya di Suria KLCC!”
Menghitung hari menunggu ketibaab bulan Syawal tak lama lagi, Kumpulan Suria KLCC telah melancarkan kempen Hari Raya Aidilfitri yang mega.
Menariknya kempen raya tahun ini, ada Replika Lampu Pelita Terbesar Malaysia di Esplanade KLCC. Ini kerana sejak pandemik COVID-19 dua tahun lalu, tiada sambutan Hari Raya dilakukan.
Jadi hiasan di tengah-tengah ini direka untuk semarakkan lagi semangat dan kegembiraan bulan Ramadan dan Syawal.
Suria KLCC
Tarikan kempen Hari Raya Aidilfitri ini berlangsung sehingga 8 Mei di mana pengunjung dipamerkan dengan hiasan bertemakan “Raya di Atuk’s Orchard“. Sambil beli-belah, pengunjung juga dapat rasai sambutan perayaan ala-ala di kampung dalam suasana kebun.
Ada sebuah rumah tradsional diinspirasikan oleh Rumah Melayu Melaka dikelilingan pokok buah-buahan, lampu warna-warni dan lampu pelita. Ada juga pangkin atau pondok kayu di mana pengunjung boleh duduk dan bergambar. Kereta Proton Saga di tengah Centre Court mengingatkan kenangan mengembara dengan kereta Atuk.
Pada masa yang sama, terdapat beberapa permainan tradisional kanak-kanak dulu seperti teng teng dan congkak. Bukan itu saja, kalau pengunjung nak bergambar lebih banyak, kunjuni Ramlee Mall kerana ada pemasangan mini Atuk’s Orchard.
Jangan lepaskan ini di Suria KLCC;
IKLAN
- Pengunjung yang berbelanja sebanyak RM1500 atau lebih dalam 2 resit di mana-mana kedai bermula sekarang hingga 1 Mei, akan menerima baucar beli-belah Suria KLCC bernilai RM100 dan satu set paket Suria KLCC Raya.
- Ambil foto ‘Potret Keluarga’ dan dapatkan cetakan foto percuma dan salinan selepas muat naik di media sosial.
- Bermula 23 April, Suria KLCC akan letakkan kurma di Kaunter Concierge sebagai jamuan pada yang berpuasa.
- Pengunjung digalakkan untuk beli pin pada RM10 sekeping di Concierge Suria KLCC dan hasilnya akan disumbangkan pada RELATE Malaysia menerusi program Kesedaran Kesihatan Mental.
Pusat Beli-Belah Alamanda, Putrajaya
Di Alamanda pula, tema sambutan rayanya adalah “Dusun Atuk” yang dipamerkan sehingga 2 Mei 2022. Pengunjung di Alamanda akan berpulang menyaksikan aktiviti fesyen dan kecantikan seperti tutorial pemakaian selendang serta aktiviti gubahan bunga dengan kolaborasi pihak Alamanda, Bokitta dan Cempaka Sari.
Malah pengunjung juga akan disajikan dengan persembahan dan aktiviti tradisional; caklempong, angklung, inang dan tarian zapin. Ada juga aktivitI seperti anyam ketupat dan origami pelita menggunakan cawan kertas untuk ahli VIKids.
Jangan lepaskan ini di Alamanda;
- Pengunjung berbelanja RM1500 ke atas akan terima hadiah tambahan iaitu baucar Manhattan Fish Market bernilai RM40, sehelai selendang eksklusif Noor Arfa atau baucar beli-belah Alamanda bernilai RM50.
Pusat Beli-Belah Mesra Mall, Terengganu
Kalau kunjungi Mesra Mall, terdapat beberapa aktiviti diadakan iaitu aplikasi henna bermula 8 April-30 April dari jam 10 pagi hingga 10 malam. Manakala aktiviti ‘Little Miss Kebaya‘ untuk kanak-kanak perempuan lingkungan 4-6 tahun dan 7-9 tahun pada 16 April. Jadi menangi hadiah menarik sambil memperagakan baju kebaya.
Terujanya raya kali ini, pihak pengurusan Mesra Mall, pihak berkuasa tempatan dan penyewa Mesra Mall akan memberi sumbangan baju raya serta duit raya untuk warga emas daerah Kemasek.
Jangan lepaskan ini di Mesra Mall;
- Pengunjung berbelanja sekurang-kurangnya RM350 melalui dua resit di mana-mana kedai terpilih akan terima bekas kedap udara seramik dan sepeket sampul raya.
Kunjungi Suria KLCC dan beberapa pusat beli-belah di atas untuk nikmati pelbagai tawaran menarik. Untuk info lanjut layari Suria KLCC (Web Rasmi / FB), Alamand (Web Rasmi / FB) dan Mesra Mall (Web Rasmi / FB).