Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Kecantikan

Ainz & Tulpe Bawa Produk Kosmetik Terbaik Jepun Ke Pasaran Malaysia

by Lisa AG
April 20, 2022
Foto - Ainz & Tulpe

Foto - Ainz & Tulpe

17
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Produk kosmetik Jepun pula akan tiba di pasaran Malaysia.

Ainz & Tulpe akan membuka gedung pertamanya di Asia Tenggara bertempat di Pavilion Bukit Jalil. Dibuka secara rasmi pada 20 Mei, gedung kosmetik Jepun kegemaran ramai ini bakal memberikan para pengunjung menemui kecantikan diri.

Dilaporkan, gedung berkeluasan 3,547 kaki persegi ini yang menawarkan 4,000 aneka produk daripada 250 jenama yang merangkumi rangkaian penjagaan kulit, solekan dan fesyen. Antara jenama eksklusif seperti AYURA, LIPS & HIPS, DAZZSHOP dan banyak lagi.

Foto – Time Out

“Kami teruja dan tidak sabar untuk mengalu-alukan kehadiran semua ke gedung A&T yang pertama di Asia Tenggara. Industri kecantikan dan kosmetik Jepun telah berkembang dengan pesat dan mendapat sambutan di serata dunia sejak bertahun lamanya.

“Di mana lebih ramai pengguna memilih produk kecantikan dan penjagaan kulit Jepun oleh kerana mereka yakin dengan kualiti dan cirinya yang serba ringkas,” ujar Rieko Kimei, Ketua Pegawai Eksekutif AMC Retail Malaysia Sdn Bhd.

Foto – Live Japan

Selain membeli-belah, gedung turut memberi pendedahan kepada para pelanggan tentang trend kecantikan dan kosmetik terkini. Ini bagi meningkatkan kesedaran dan pengetahuan berkenaan produk kosmetik Jepun, di samping memberi panduan tentang langkah-langkah serba ringkas dalam rutin penjagaan kulit.

Terujakan? Untuk mengetahi lebih lanjut tentang A&T dan jenama-jenama yang ditawarkan, boleh ke pavilionbukitjalil.ainz-tulpe.com.my.

BACA:  Eksklusif: meeth, Kosmetik Mewah Dari Jepun Dibuat Untuk Para Ibu
FILED UNDER ainz & tulpeKosmetik Jepunproduk jepun
Share7SendShare

Trending

  1. 1

    Tanghulu Buah Bersalut Gula, Manisan Kegemaran Orang Cina Yang Mudah Dibuat

  2. 2

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  3. 3

    Macam Mana Nak Goda Suami Di Ranjang, Biar Teruja Setiap Kali Bersama

  4. 4

    Masih Lagi Ada Orang Pakai Tabita Skincare Walaupun Produk Beracun

  5. 5

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.