Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Kecantikan

Must Have! Perfume Selebriti Paling Popular Sepanjang Zaman

by Iza B
April 23, 2022
Foto - Vogue

Foto - Vogue

105
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Haruman minyak wangi sinonim dengan sifat peribadi seseorang. Ia dikatakan seperti kad identiti untuk mengenali personaliti mereka yang baru anda kenali. Bau minyak wangi yang manis sering dikaitkan dengan watak feminin, manakala yang spicy pula tentu seksi dan berkeyakinan.

Sebab itu ramai selebriti mula memperkenalkan barisan jenama wangian masing-masing untuk ‘menjual’ personaliti mereka kepada peminat. Ia pernah menjadi suatu trend sekitar 2010, dimana terlampau ramai selebriti mengeluarkan signature perfume yang boleh dijadikan sebagai side income.

Foto – John Lewis

Namun tidak semua perfume dapat diterima peminat kerana ia bergantung pada not bau yang dicipta. Macam biasalah kalau bau sedap, pasti laku ditambah pula dengan keunikan rekaan botol minyak wangi.

Buat anda yang ingin tambah koleksi minyak wangi dari sentuhan air tangan selebriti. DIVA sediakan senarai minyak wangi artis paling popular dan sudah tentu mempunyai bauan yang memikat sesuai dengan personaliti anda!

#1 Fantasy – Britney Spears

DIVA masih ingat lagi segenap paparan iklan majalah fesyen pasti ada sahaja wajah Britney Spears bersama botol minyak wangi Fantasy. Walaupun Britney telah mempunyai 20 koleksi minyak wangi, namun Fantasy menjadi wangian keabadian sejak tahun 2005.

Foto – Shopee Malaysia

Kalau anda suka bauan manis dan fruity, boleh cuba Fantasy! Dicipta dari not red lychee, kiwi, white chocolate dan musk. Ramai kata wangian ini mengimbau zaman-zaman kegemilangan tahun 2000.

#2 Glow – Jennifer Lopez

Terkejut bila tahu, minyak wangi Glow dikeluarkan oleh JLo sejak 2002, dah lebih 20 tahun minyak wangi ini tapi masih jadi kegilaan ramai. Glow mengubah kedudukan carta minyak wangi, apabila ia antara minyak wangi selebriti yang paling berjaya.

Foto – Pinterest

Sesuai dengan personaliti Jennifer Lopez yang ceria, aktif dan menawan. Glow menggabungkan not-not segar seperti orange blossom, pink grapefruit, rose dan musk. Apa sahaja yang dibuat oleh JLo pasti mencetuskan magis!

#3 Heat – Beyonce

Who’s run the world? Mestilah Beyonce dengan wangian popularnya, Heat. Ia menjadi wangian selebriti best-seller sejak tahun 2010. Siapa suka haruman seksi, warm dan tahan lama sememangnya Heat boleh dijadikan sebagai taruhan.

Foto – beyonceparfums.com

Not dari bunga-bungaan seperti orchid, magnolia dan neroli mengimbangi kepekatan dari amber, tonka bean dan almond. DIVA syorkan anda menyembur Heat ketika keluar date-night bersama kekasih.

#4 Nude – Rihanna

Sebelum sukses dengan Fenty Beauty, Rihanna pernah mengeluarkan beberapa minyak wangi yang mendapat hits antaranya Nude. Dilancarkan pada tahun 2012 tapi hingga kini Nude masih menjadi dambaan ramai.

IKLAN

Foto – Argos

Wangian yang cukup sofistikated dengan gabungan sandalwood, vanilla orchid dan musk. Nude memberi bauan creamy dan woody, sesuai untuk wanita yang lagak misteri. Sehingga kini, Rihanna mempunyai 11 wangian dari ilhamnya sendiri. Hebat!

#5 Thank U, Next – Ariana Grande

Ariana Grande perkenal wangian yang sama seperti lagu sensasinya Thank U, Next. Ia wangian penuh gelombang keceriaan, feminin dan membangkitkan aura cinta.

Foto – Amazon

Siapa yang memang suka haruman manis semata-mata, Thank U, Next patut ada dalam rak perfume anda. Senarai not minyak wangi ini sahaja membuktikan ia minyak wangi boleh ‘potong kaki’ iaitu white pear, wild raspberry, coconut dan macaroon sugar.

#6 Lovely – Sarah Jessica Parker

Pelakon popular siri Sex and the City cetus fenomena dengan mengeluarkan minyak wangi Lovely sekitar tahun 2005. Sarah Jessica Parker bijak bemain not-not lavendar, bergamot, fresh mandarin, cedar dan white amber. Ia membawa haruman sofistikated, mewah dan mesra bak SJP.

Foto – EShow

Dengar kata, SJP mengubah not asas Lovely untuk dijadikan wangiannya sendiri supaya tidak sama dijual pada peminat.

#7 Purr – Katy Perry

Katy Perry mula debut signature perfume beliau pada tahun 2010 bermula dengan Purr. Ia antara wangian kegemaran DIVA kerana haruman manis epal dan pic yang berpanjangan dan rekaan botol minyak wangi yang unik dengan konsep kucing.

Foto – Amazon

Purr antara koleksi minyak wangi Katy Perry yang paling popular. Ia sesuai untuk dijadikan hadiah kepada sahabat atau si gadis remaja.

#8 Eilish – Billie Eilish

Tak sangka bila penyanyi paling muda dan berjaya ini mula memasuki lembah peniagaan minyak wangi dengan membawa Eilish. Haruman Eilish direka sendiri oleh Billie Eilish yang menonjolkan kewanitaan dan sedikit sisi romantis.

Foto – Ulta Beauty

Not-not seperti creamy vanilla, spices dan rich cocoa sudah tentu memberi haruman deep, warm dan misteri. Walaupun masih baru lagi di pasaran, Eilish telah dinobatkan best celebrity pefume dari kebanyakan peminat minyak wangi. Tahniah!

Kalau anda berangan nak terasa dekat dengan selebriti-selebriti di atas, boleh feeling dengan semburan wangian dari mereka!

Tags: minyak wangiminyak wangi selebritiperfume selebriti
Share42SendShare

IKLAN

Artikel Berkaitan

Trend K-Beauty Guna Spatula Khas Hasilkan Foundation Flawless
Kecantikan

Trend K-Beauty Guna Spatula Khas Hasilkan Foundation Flawless

January 29, 2023
Selena Gomez Buat Kecoh Tanggal Mekap Guna Serum Harga RM1075
Kecantikan

Selena Gomez Buat Kecoh Tanggal Mekap Guna Serum Harga RM1075

January 28, 2023
5 Liquid Blush Paling Best & Cantik Untuk Hasil Mekap ‘Shy-Shy’
Kecantikan

5 Liquid Blush Paling Best & Cantik Untuk Hasil Mekap ‘Shy-Shy’

January 22, 2023
Trend Buang ‘Buccal Fat’ Untuk Pipi Kurus, Elok Atau Bahaya?
Kecantikan

Trend Buang ‘Buccal Fat’ Untuk Pipi Kurus, Elok Atau Bahaya?

January 21, 2023
Artikel Selanjutnya

Trending

  1. 1

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  2. 2

    Seriuslah Berkesan?! Wanita Makan HKT Tak Sampai 3 Bulan Dah Turun Berat 15 KG

  3. 3

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  4. 4

    5 Sebab Bukit Tunku Jadi Tempat Paling Ngeri Di KL

  5. 5

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@diva.my




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.