Perasan tak kebelakangan ini bila scroll Instagram, penuh dengan gambar OOTD yang berona ungu. Ada yang baju warna ungu, seluarlah, kasut, beg tangan hingga aksesori.
Walaupun warna ungu menjadi trend tahun 2022, masih ada yang tak yakin nak bergaya dengan warna ini. Kalau kamu nak tahu, warna ungu sebenarnya menyerlahkan lagi sisi manis, tidak terlalu feminin dan santai.
Jadi entri kali ini DIVA nak kongsikan empat gaya trendy yang berwarna ungu. Bukan itu saja, DIVA juga akan tunjukkan padanan warna apakah yang sesuai dengan warna ungu ini.
#1 Lebih Minimalis, Lebih Baik!
Bila cakap soal minimalis, kita sudah terbiasa dengan warna earth tone, putih atau kuning cair. Tapi sebenarnya dengan warna ungu pun kamu boleh cipta gaya minimalis juga.
Caranya pilih pakaian berona ungu lembut dan padankan dengan warna putih berkrim. Kekal sederhana dan stylish dalam satu masa yang sama!
IKLAN
#2 Bergaya Formal
Untuk yang mahukan gaya formal, DIVA syorkan untuk kamu pakai outerwear seperti blazer, jacket atau cardigan. Mix and match pula dengan seluar kegemaran kamu, barulah nampak bergaya walaupun dalam pakaian formal.
#3 Jom Jadi Lebih Seksi
Sekiranya kamu kamu nampak lebih seksi, cuba kenakan pakaian atau aksesori berona ungu. Psst… Siapa yang ada kulit sawo matang, memang sesuai sangat tau!
Jadi untuk tampil seksi, gayakan pakaian yang ketat seperti bodycon dress atau pilih seluar yang berpinggang tinggi. Lebih nampak bentuk badan, lebih baik!
#4 Kembali Ke Gaya Y2K
Singkatan bagi ‘Year 2000‘, fesyen pada era ini berfokuskan pada warna yang cerah atau pastel. Jadi padankan gaya ini dengan mini crop top, beg vintaj, kaca mata, headband atau seluar potongan rendah. Barulah nampak sangat chic!
Kalau masih tak yakin nak gayakan warna ini, DIVA sarankan untuk kamu padukan warna ini dengan beberapa aksesori. Sambil mix and match, pasti kamu tak percaya dengan kombinasi menarik ini!