Sleeping mask atau ada yang panggil “overnight mask” adalah produk skincare yang terbaik pernah DIVA cuba. Mudah digunakan, serap dengan cepat dan tidak kotorkan tempat tidur anda.
Sleeping mask ini orang akan guna ketika mahu tidur dan selepas habis lakukan rutin penjagaan kulit. Bukan apa ia boleh bantu tingkatkan proses pembaikan kulit ketika tidur. Jadi sebab itu bila bangun pagi rasa kulit lembap, ringan dan sangat lembut!
Ada banyak sleeping mask dijual di Malaysia, tapi yang mana satu terbaik untuk anda guna dan jenis kulit? DIVA kongsikan beberapa sleeping mask berikut yang sesuai untuk setiap jenis kulit;
Kering
Nak kulit yang kekal terhidrasi dan lembut sehingga 72 jam? DIVA syorkan untuk anda gunakan sleeping mask daripada Origins ini.
[BELI: Origins Drink Up™ Intesive Overnight Hydrating Mask With Avocado & Glacier Water]
Dirumuskan dengan bahan berkhasiat serta mineral; air Swiss Glacier, hyaluronic acid dan avocado butter, sleeping mask ini akan membuatkan anda berasa sangat berpuas hati dengan kesannya.
Sensitif
Jika anda mencari sleeping mask yang sedikit lembap dan tidak berminyak, CLINIQUE ada solusinya. Diekstrak daripada buah-buahan dan mentega yang menghidratkan, sleeping mask ini sesuai untuk ‘tutup’ semua penghidratan dalam kulit anda.
[BELI: CLINIQUE Moisture Surge™ Overnight Mask]
Kombinasi
Memang susah sedikit bila ada kulit kombinasi iaitu apabila bahagian T lebih berminyak dan bahagian lain kemerahan, sensitif dan lain-lain lagi.
[BELI: Water Sleeping Mask_Ex / Cica Sleeping Mask]
IKLAN
Tapi dengan adanya Laneige Sleep Well Duo ini, kandungan Water Sleeping Mask ini membolehkan kulit pulih daripada kekeringan. Manakala Cica Repair Mask pula kurangkan kerengsaan dan kemerahan di wajah.
Berminyak
Bila ada wajah yang berminyak, DIVA yakin anda pasti tahu kulit jenis ini memerlukan produk yang ringan dan lembut. Jadi untuk itu, DIVA syorkan sleeping mask daripada CHANEL.
[BELI: CHANEL Hydra Beauty Masque De Nuit Au Camélia]
Diperkaya dengan zink, copper dan magnesium di mana ia mengoksigenkan kulit melalui tekstur krim-air untuk dewy glow yang sempurna.
Kusam
“Sleeping mask dari Glow Recipe?”- Tak dinafikan sleeping mask ini menjadi popular dalam kalangan mereka yang mempunyai kulit kusam.
[BELI: Glow Recipe Watermelon Glow Sleeping Mask]
Diperbuat daripada tembikai sebenar, sleeping mask ini juga mempunyai bahan seperti hyaluronic acid dan AHA yang dapat mengelupas dan menenangkan kulit untuk jadi lebih hidrasi serta cerah.
Penuaan
Kalau nak nampak muda daripada usia sebenar, gunalah sleeping mask dari fresh iaitu Black Tea Firming Overnight Mask. Selepas penggunaan semalaman, tiada lagi garis halus, kedutan dan kulit tidak lagi anjal di wajah!
[BELI: fresh Black Tea Firming Overnight Mask]
Mulai sekarang amalkan pemakaian sleeping mask sebelum tidur untuk wajah lebih lembap dan berseri ketika sepanjang hari.