Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Kecantikan

Potongan Rambut ‘Buzz Cut’, Sesuai Ke Dengan Kamu?

by Indah Aziz
April 17, 2022
Foto - Allure

Foto - Allure

38
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Ranggi, rock dan berani begitulah ungkapan yang sering diluahkan ketika melihat wanita yang bergaya dengan potongan rambut pendek seperti buzz cut.

Natalie Portman, Halsey, Solange Knowles, Kristen Stewart dan ramai lagi penghibur wanita Hollywood telah sukses menonjolkan sisi buzz cut yang seksi tapi tetap anggun.

Jadi mula timbul idea dikalangan wanita lain untuk turut mengikut jejak membuang 90% rambut bagi meloloskan diri copy & paste gaya rambut yang dahulu didominasi oleh kaum Adam.

Foto – Refinery29

Namun, DIVA tertanya-tanya adakah potongan rambut pendek ala tentera ini sesuai untuk semua wanita terutamanya dari sudut bentuk muka.

Secara jujurnya pendapat dari Roi Nodin iaitu ketua tatarias Northwood, tidak semua wanita mampu membawa imej ini kerana ia bergantung pada garis rambut anda. Setiap orang memiliki kuantiti rambut hadapan, tepi dan belakang yang berbeza.

Tanpa sedar, rambut boleh memanipulasi definisi dan melembutkan ciri muka kita. Jadi ia seperti transformasi bersolek.

Nasihat dari Roi Nodin, potongan buzz cut terbaik untuk wanita yang mempunyai definisi muka yang lembut. Bagi wanita dengan strong face shape iaitu tonjolan tulang pipi yang tinggi dan rahang yang tajam, potongan pixie sudah memadai. Seperti contoh Jennifer Lawrence dalam gambar dibawah;

Foto – Glamour

Untuk kamu yang bentuk muka jenis bujur dan bulat, buzz cut memang diciptakan untuk kamu.

Jangan lupa juga tentang personaliti dan gaya peribadi anda. Jika anda seorang yang sangat feminin mungkin keadaan akan jadi janggal dan tidak menarik.

Buzz cut merupakan potongan rambut yang memberi aura dramatik dan fierce untuk wanita yang lantang. Kalau anda jenis shy-shy cat, DIVA nasihatkan tak perlu ya!

Foto – Vogue France

Ternyata kelebihan memiliki rambut pendek, anda tak perlu membuang waktu untuk dandanan dan sudah pasti tiada lagi bad day hair! Usah risau, selain buzz cut banyak lagi stail rambut pendek boleh diambil kira seperti pixie, bob, mullet dan lain-lain.

DIVA harap artikel ini dapat membantu anda untuk pertimbangan potongan rambut buzz cut samada elok atau tidak untuk wajah anda.

FILED UNDER buzz cut wanitapotongan buzz cut
Share15SendShare

Trending

  1. 1

    Tanghulu Buah Bersalut Gula, Manisan Kegemaran Orang Cina Yang Mudah Dibuat

  2. 2

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  3. 3

    Macam Mana Nak Goda Suami Di Ranjang, Biar Teruja Setiap Kali Bersama

  4. 4

    Masih Lagi Ada Orang Pakai Tabita Skincare Walaupun Produk Beracun

  5. 5

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.