Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Gaya Hidup

Jom Kenal 5 Influencer ‘Vegan Food’ Malaysia Yang Wajib Follow!

by Indah Aziz
April 17, 2022
Foto - Gamintraveler

Foto - Gamintraveler

121
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Jika dulu golongan vegetarian hanya dikenali dari atas faktor tuntutan agama tapi kini gelombang vegetarian sudah mendapat tempat di hati masyarakat kita terutamanya bagi mereka yang ingin menjaga pemakanan dan mengamalkan pengambilan makanan berteraskan bebas daging.

Siapa sangka terdapat beberapa content creator dari Malaysia ini 100% usaha dalam mempromosikan makanan tumbuhan kepada pengguna media sosial.

Biasa kita hanya lihat resepi-resepi vegetarian ikut perut orang Barat, namun sekarang dari laman Instagram sahaja anda sudah boleh dapat pelbagai teknik atau adaptasi makanan Malaysia kepada variasi vegetarian.

#1 Aisya J | @aisyajway

Rajin berkongsi pelbagai resepi mudah vegetarian khususnya dari masakan Melayu dan juga serantau Asia. Aisya J sudah 7 tahun mengamalkan diet vegetarian dan anda boleh lihat dari perkongsian olahan resepi darinya, ternyata nampak mudah dan cukup kreatif.

DIVA suka betul dengan resepi oat berlauk yang ternyata mengubah persepsi oat yang selalu digandingankan dengan buah-buahan.

View this post on Instagram

A post shared by Aisya J | Vegan Recipes 🇲🇾🌱 (@aisyajway)

#2 Elliz Azhar | @thekampungvegan

Terima kasih buat @thekampungvegan sebab lepas ini makin senang nak cuba lauk-pauk kampung dalam cara vegetarian! Tutorial resepi dari Elliz Azhar buat kita tak percaya masakan kampung juga sangat mudah untuk diubahsuai menjadi lebih sihat.

Kecur ya lihat video resepi masak lemak cili api biarpun guna tauhu!

View this post on Instagram

A post shared by Elliz Azhar | Vegan Malay Recipes (@thekampungvegan)

#3 Kristin Tan | @eatwkriss

Si manis Kristin Tan dari Johor ini memang sudah aktif berkongsi resepi masakan vegetarian di Instagram dan juga TikTok. Anda boleh pilih sahaja dari roti canai, pan mee sehingga lah tteokbokki semuanya sudah diajar oleh Kristin.

Tak tau nak cuba resepi yang mana? Boleh mula dengan resepi curry katsu ini:

IKLAN

View this post on Instagram

A post shared by Kristin Tan (@eatwkriss)

#4 Fatini | @faveganism

Walaupun tidak berada di tanah air, Fatini rajin berkongsi pelbagai masakan dan menu vegetarian dari dapur atau restoran sekitar England. Gambar-gambar makanan yang terpapar di laman Instagram @faveganism dipenuhi juga coretan pengalaman tunas rasa sebagai seorang vegetarian.

View this post on Instagram

A post shared by 🌱The Malay Vegan🌱 (@faveganism)

#5 Jovin | @vegan_msia

Konsep juadah vegetarian yang minimalis dan mengekalkan estetika dalam setiap hidangannya. Jovin atau @vegan_msia suka menyediakan menu yang bukan sahaja sihat tapi eye pleasing.

Dari makanan cina hingga tempatan ada sahaja yang dikongsi oleh Jovin.

View this post on Instagram

A post shared by JOVIN 周维根 (@vegan_msia)

Buat anda yang sekali-sekala ingin menu berteraskan vegetarian, tunggu apa lagi?

Wajib tekan butang follow untuk belajar lebih banyak lagi resepi dan teknik masakan vegetarian Malaysia dari influencers  di atas!

Tags: instagram vegetarian malaysiamakanan vegetarian melayu
Share48SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Ini Mungkin Salon Pertama Yang Menawarkan Khidmat Jururias ‘Lelaki Sado’

  3. 3

    Jom Kenal 5 Influencer ‘Vegan Food’ Malaysia Yang Wajib Follow!

  4. 4

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  5. 5

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.