Walaupun dunia kulit vegan dan biomaterial terus berkembang maju, masih ada perdebatan mengenai fabrik dan kulit haiwan. Bukan apa, ramai yang mahu tahu mana satu yang berkualiti dan bagaimana ia boleh beri kesan pada alam sekitar.
Untuk selesaikan perdebatan ini, NOIRANCA mendedahkan kulit vegan lebih baik untuk digunakan dan baik untuk alam sekitar.
Kongsi NOIRANCA penggunaan kulit vegan dapat memberikan pengguna untuk ‘membeli sedikit dan nikmatinya untuk masa yang lama’. Jadi tak rugilah pengguna untuk keluarkan duit yang banyak bagi membeli item yang sama berulang kali.
Yang best tentang NOIRANCA, jenama beg tangan dan aksesori ini menggunakan fabrik yang diluluskan oleh PETA. Jadi mereka dapat hasilkan beg tangan mewah yang 40% tahan lebih lama daripada kulit konvensional.
Lebih Unik Untuk Wanita Moden
“NOIRANCA”- Gabungan dua perkataan; Noir (putih) dan Bianca (hitam), yang merangkumi keindahan kontras dan kecantikan dalam pelbagai makna.
Sedikit info untuk kamu, NOIRANCA menampilkan pelbagai jenis reka bentuk beg tangan yang unik untuk wanita moden masa kini. Begnya pula dihasilkan oleh 30 tukang mahir dan setiap satunya bebas daripada kekejaman haiwan.
Bagi siapa yang ada koleksi NOIRANCA, beg tangan ini dikatakan mempunyai hayat ketahanan lama sekitar 6-10 tahun berbanding kulit haiwan iaitu 7 tahun.
Selamat Untuk Alam Sekitar & Bahan Berkualiti
Untuk realisasikan misinya iaitu menggabungkan ketukangan dan kemampaman, NOIRANCA menggunakan kulit bebas haiwan yang diperbuat daripada PU berasaskan air dan bebas DMF yang keluarkan sebatian kimia yang meruap.
Pada masa yang sama, beg tangan ini juga mengandungi 58% bahan kitar semula dengan lapisan dan fabrik kapas serta botol plastik guna semula.
Bila sudah selamat untuk alam sekitar dan rekaannya pula unik untuk wanita moden, jangan pula tak dapatkan salah satu beg tangan NOIRANCA okay? [BELI SINI]