Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Selebriti

Romantik Gambar Perkahwinan Power Couple Bollywood Alia Bhatt & Ranbir Kapoor

by Lisa AG
April 15, 2022
Foto - IG @aliaabhatt

Foto - IG @aliaabhatt

40
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Selepas sekian lama menanti, Alia Bhatt dan Ranbir Kapoor selamat mendirikan rumah tangga dalam satu majlis perkahwinan tertutup.

Perkahwinan penuh privasi diadakan di pangsapuri Ranbir dan Alia yang terletak di Vastu, Mumbai. Hanya ahli keluarga dan rakan terdekat sahaja yang dijemput.

Sah Sebagai Suami Isteri

Berkongsi momen bahagia di Instagram, Alia kelihatan cantik berseri walaupun dalam solekan serba ringkas dengan rambutnya dibiarkan panjang beralun tanpa dandanan.

View this post on Instagram

A post shared by Alia Bhatt 🤍☀️ (@aliaabhatt)

Untuk busana pengantin, Alia memilih sari rona putih krim dan veil yang penuh dengan perincian dan sulaman rekaan Sabyasachi. Digabungkan bersama aksesori perhiasan kemas yang sarat dan inai di jari, Alia pengantin yang cukup manis sekali.

Rakan Selebriti Bollywood Meraikan Pasangan Sejoli

Perkongsian gambar perkahwinan Alia dan Ranbir mendapat reaksi gembira dan pujian dari rakan-rakan selebriti.

IKLAN

Antaranya Katrina Kaif dengan tulisan “Congratulations to both of you. All the love and happiness.”

Kareena Kapoor pula melahirkan kegembiraan “Welcome to the family, my darling Alia.”

Anushka Sharma mengucapkan selamat pengantin baru “Heart is so full wishing you @aliaabhatt and Ranbir, a beautiful journey together filled with love that oozes in these pictures for the rest of your lives.”

Terjebak Dalam Cinta Lokasi

Dilaporkan, Alia Bhatt dan Ranbir Kapoor bertemu di set Brahmastra arahan Ayan Mukerji dan jatuh cinta. Filem tersebut menandakan projek pertama mereka bersama.

View this post on Instagram

A post shared by Alia Bhatt 🤍☀️ (@aliaabhatt)

Selepas itu, khabar angin mengenai Alia Bhatt bercinta dengan Ranbir bermula apabila pasangan itu muncul bersama di majlis resepsi Sonam Kapoor dan Anand Ahuja tahun 2018.

Tags: alia bhattartis bollywoodranbir kapoor
Share16SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Ini Mungkin Salon Pertama Yang Menawarkan Khidmat Jururias ‘Lelaki Sado’

  3. 3

    Romantik Gambar Perkahwinan Power Couple Bollywood Alia Bhatt & Ranbir Kapoor

  4. 4

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  5. 5

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.