Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Gaya Hidup

Dari Jeon Somi Hingga RV Yeri, Ini Sebab Kenapa Pilates Jadi Pilihan

by Soph.Azz
April 15, 2022
Foto - Pinterest

Foto - Pinterest

15
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Cuba tanya mana-mana wanita, ada tak yang tak mahu miliki bentuk badan seperti selebriti Korea? Ada bentuk badan ideal, langsing dan sihat? DIVA yakin semua wanita pasti mahukan perkara tersebut.

Selain rawatan kecantikan, makanan berkhasiat, amalkan gaya hidup sihat dan sebagainya, kebanyakan selebriti wanita Korea akan amalkan rutin senaman pilates.

Kata Jeon Somi dan selebriti wanita Korea ini, pilates merupakan sebuah senaman yang beri banyak kebaikan. Dan setiap satu jenisnya pula beri manfaat yang berbeza mengikut keperluan diri masing-masing.

Kenapa Pilates Jadi Pilihan? 

Kalau kamu nak tahu pilates menjadi pilihan kebanyakan selebriti Korea kerana ia merupakan senaman berimpak rendah.

Walaupun berimpak rendah, pilates sangat membantu dalam mencipta daya tahan, fleksibiliti dan keseimbangan. Jadi tak perlu beria-ria angkat berat dan sebagainya di gim.

Pilates dikatakan senaman yang tepat kerana ia beri penekanan pada postur badan yang betul dan kekuatan teras. Bukan itu sahaja bentuk badan ideal dan keseimbangan otot turut ‘terhasil’.

Foto – Pinterest

Pilates menjadi tabiat Red Velvet Yeri dan dia selalu lakukannya sebelum penggambaran untuk kekalkan bentuk badan dan bertenaga.

Kebanyakan mereka memilih pilates sebahagian daripada rutin hidup kerana ia dapat membuat mereka bertahan semasa latihan atau sedang lakukan kerja.

Antara senaman pilates yang sering jadi pilihan kebanyakan selebriti Korea adalah;

  • Teaser merupakan senaman yang bantu kuatkan perut, lenturkan pinggul serta hamstring untuk bina keseimbangan.
  • Criss cross fokuskan pada penekanan khusus obliques iaitu stabil dalam postur pada tahap tertentu dan bentukkan pinggang langsing.
  • Plank pilates iaitu mengangkat kaki di belakang membantu menguatkan otot perut lebih daripada plank biasa.
Foto – Pinterest
BACA:  Bintangi Kempen Musim Bunga Calvin Klein, Seksinya BLACKPINK Jennie!

Isteri Hyun Bin, Son Ye Jin mendedahkan dia merupakan peminat pilates. Pada masa yang sama, dia juga seorang pengajar yang berlesen dan ada pengalaman untuk mengajar pilates.

FILED UNDER blackpink jenniejeon somipilatesson ye jin
Share6SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  3. 3

    Aircond ‘Off’ Dengan Sendirinya, Ini Sebab Kena Tahu

  4. 4

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  5. 5

    Masih Lagi Ada Orang Pakai Tabita Skincare Walaupun Produk Beracun

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.