Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Kecantikan

Trik Pakai Lipstick Merah Tak Comot & Kemas

by Indah Aziz
April 16, 2022
Foto - Allure

Foto - Allure

17
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Lipstick merah adalah warna bibir untuk semua wanita, tidak kira warna kulit, karakter mahupun usia. Ia satu warna yang mampu menaikkan seri wajah tanpa perlu berlebihan dalam mekap yang lain. Cukup sekadar skincare, maskara pemerah pipi dan lipstick merah, anda dah boleh terokai dunia!

Namun, memakai lipstick merah juga boleh mengundang kekacauan jika tidak tahu teknik yang terbaik. Lipstick lebih mudah kelihatan comot, tebal dan keterlaluan jika anda tersalah langkah.

Foto – Glamour

DIVA ajar anda langkah demi langkah untuk memakai lipstick merah supaya kelihatan kemas, tahan lama dan buat keyakinan anda 100% naik.

#1 Skrub & lip balm

Skrub bibir sangat bagus untuk menanggalkan kulit mati yang boleh menjadi kesan menggelupas apabila memakai lipstick. Sebaiknya lakukan skrub bibir seminggu sekali untuk hasil bibir yang lembut.

Sebelum memakai lipstick, lembapkan bibir dengan lip balm supaya bibir kekal hidrat. Cara ini turut membantu warna lipstick mudah diratakan. Tapi anda jangan berlebihan ketika memakai lip balm, takut nanti bibir jadi terlalu basah dan akhirnya lipstick tetap comot. Sedikit sahaja.

#2 Tekstur lipstik 

Try and error dahulu dengan beberapa jenis tekstur lipstick merah. Ada yang jenis matte, satin, glossy atau lip cream. Cari serasi dengan diri anda.

DIVA suggest untuk lipstick yang tahan lama dan kekal pada bibir ialah jenis matte.

Foto – Twindly

#3 Guna lip liner & lip brush

Buat bingkai terlebih dahulu dengan lip liner supaya anda dapat bentuk bibir yang lebih tepat. Cari warna lip liner yang dekat dengan warna lipstick anda.

IKLAN

Takut terbabas ketika memakai lipstick, apa kata sapu sedikit demi sedikit menggunakan lip brush. Sekaligus anda dapat mengawal kuantiti warna yang diletakkan.

#4 Pastikan blot

Jangan lupa untuk lakukan teknik blot bagi membuang lebihan lipstick dan hasilnya boleh melembutkan sikit warna lipstick.

Malah anda boleh mengoles lagi lipstick untuk dua hingga tiga kali bagi mendapatkan warna lipstick yang tahan lama selepas blot.

Foto – Flare

#5 Kemaskan dengan concealer

Untuk hasil lebih rapi anda boleh tambah concealer dibahagian luar tepi bibir. Cara ini untuk memadam segala lebihan lipstick di hujung bibir.

Anda boleh guna lip brush atau jari untuk menambah concealer pada sekitar bibir.

Jika anda mahu lihat tutorial secara visual. DIVA kongsi video tutorial ringkas Do’s & Don’ts dari Youtube Sharon Farrell:

Ya, memakai lipstick merah membuatkan kita rasa seperti terbeban dengan pelbagai teknik dan cara. Tapi anda jangan pandang rendah, ia boleh menyelamatkan anda dari kelihatan seperti amatur.

Teruskan praktis sampai anda rasa tak mahu tanggal lagi lipstick merah.

Tags: lipstick merahtutorial lipstick merah
Share7SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  3. 3

    Trik Pakai Lipstick Merah Tak Comot & Kemas

  4. 4

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  5. 5

    Aircond ‘Off’ Dengan Sendirinya, Ini Sebab Kena Tahu

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.