Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Kecantikan

6 Pencuci Muka Terbaik Di Sephora Dapat Rating Tinggi!

by Indah Aziz
April 16, 2022
Foto - PopSugar

Foto - PopSugar

87
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Rating dan review amat penting ketika membeli apa jua barangan secara online. Ia merupakan pendedahan awal tentang keberkesanan produk. Jadi setiap apa yang ditulis di ruang review adalah perkara yang mustahak bagi pembeli baru. Bahkan, hasil rating juga membantu pihak penjual untuk tahu feedback bagi setiap pelanggan.

Kali ini DIVA nak kongsi beberapa produk pencuci muka yang terbaik dari Sephora. Sudah tentu pencuci muka yang telah menjadi buah mulut dan menerima pelbagai ulasan positif di ruang review Sephora sendiri. Seperti yang kita tahu, Sephora hanya menyediakan jenama-jenama kecantikan yang tersohor.

Nak tahu apa? Teruskan bacaan anda dan jangan lupa klik ‘beli’ untuk add to cart!

#1 Philosophy Purity Made Simple One-Step Facial Cleanser [BELI]

Lebih dari 9 ribu pengguna pencuci muka Philosophy memberi rating 5 bintang dari 12 ribu pembeli, hebatnya! Ia dilabel sebagai ‘award winning cleanser’ yang membersih kulit dari kotoran, minyak dan sisa mekap.

Seisi keluarga saya menggunakan pencuci muka ini! Kulit tidak terasa kering selepas mencuci dan saya syorkan 100% pada mereka yang mengalami kulit berminyak.

Foto – Southern Living

Kaya dengan AHA dan bebas paraben, bebas pewangi menjadikan pencuci muka ini sangat lembut pada kulit. Ia juga dapat meninggalkan rasa bersih pada pori-pori dan boleh digosok lembut pada kulit sekitar mata.

#2 Boscia Detoxifying Black Charcoal Cleanser [BELI]

Benar-benar nak detoks kulit dari bebanan tompok hitam dan pori-pori tersumbat? Nah, cuba dengan Boscia Detoxifying Black Charcoal Cleanser yang telah menerima 5 bintang dari 1 ribu pengguna tegar mereka.

2 tahun berturut-turut saya (dan suami) menjadi penggemar pencuci muka jenis charcoal ini. Tidak pernah timbul bintik atau jerawat ketika pertama kali guna produk. Sebaik membersih muka, terus sahaja memakai produk pelembap.

Foto – Amazon

Pencuci muka ini direka untuk membersih jauh ke dalam pori-pori dan kemudian menghindar dari sebarang kotoran kembali. Ia juga membantu mengembalikan kecerahan kulit dan tekstur kulit yang halus.

#3 Clinique All About Clean™ Liquid Facial Soap [BELI]

Jika anda tak suka dengan kesan kering dan merengsang dengan pencuci muka yang sekarang, DIVA sarankan untuk anda tukar dengan pencuci muka berwajah baru dari Clinique ini. Jangan risau, lebih dari 1500 pengguna telah ditawan dengan memberi 5 bintang.

Pencuci muka kegemaran saya sepanjang masa sejak dua tahun yang lalu. Saya hanya guna sekali sehari dan ternyata memberi kesan yang sangat baik. Wajib cuba produk ini!

IKLAN

Foto – Ulta Beauty

Buih lembut pencuci muka ini mudah dibilas dan tidak akan meninggalkan kesan kering pada kulit. Ia melindungi dan menjaga kelembapan kulit supaya tidak terasa sebarang ketegangan.

#4 Ole Henriksen Find Your Balance Oil Control Cleanser [BELI]

940 review di ruang komen Sephora semuanya menyukai pencuci muka Ole Henriksen. Ia pencuci muka yang terbaik untuk jenis kulit yang berminyak.

Saya guna bersama pelembap Ole Henriksen ternyata memang ada perubahan selama satu bulan! Produk ini boleh mengawal bintik hitam, pori-pori tersumbat dan kulit yang sangat berminyak.

Foto – Ole Henriksen

Pembersih muka yang bertindak mengurangkan minyak berlebihan serta membersih pori-pori secara dalam. Malah, kandungan AHA menyingkirkan kulit mati supaya kulit kembali segar dan kembali seimbang seperti biasa.

#5 First Aid Beauty Pure Skin Deep Cleanser With Red Clay [BELI]

Formulasi pencuci muka terbaik untuk kulit kombinasi dan pada semua peringkat umur. 648 pengguna bersetuju membari rating 5 bintang produk terbaik dari First Aid Beauty.

Pencuci muka yang best ketika kulit mula timbul jerawat. Ia sesuai untuk digunakan ketika kulit berjerawat atau sensitif. Gel yang lembut pada kulit dan memang sudah tidak tukar pada yang lain.

Foto – IPSY

Sangat baik untuk digunakan pada setiap hari tidak kira pada kulit berjerawat, kombinasi atau berminyak. Red Clay dan Rosemary Leaf Oil membantu membersihkan kulit serta mengimbangi semula pengeluaran sebum.

#6 Origins Checks and Balances™ Frothy Face Wash [BELI]

Pencuci muka terbaik Origins mendapat keseluruhan 4.4 bintang dan 5 bintang dari 120 pengguna. Ternyata ia pencuci muka yang lembut sesuai untuk semua jenis kulit dan peringkat umur. Ini memang pencuci muka favorite DIVA!

Sudah lima tahun saya menggunakan pencuci muka Origins. Tekstur yang creamy dan sedikit berbuih, tapi saya sangat sukakanya. Kulit saya berminyak dan sensitif cukup serasi dengan pencuci muka ini.

Foto – Origins

Mengandungi bahan-bahan semulajadi seperti ekstrak Broad Leaf Kelp yang sangat baik mengurangkan pengeluaran minyak, manakala Wheat Protein mengimbangi kawasan kulit yang kering. Kulit ternyata lebih segar, lembab dan tidak terasa tegang selepas membersih.

Anda boleh dapatkan secara atas talian di Sephora.my atau boleh kunjungi mana-mana cawangan Sephora berdekatan. Jangan lupa dapat nasihat kecantikan dahulu dari beautician Sephora.

Tags: pencuci mukaPencuci Muka Terbaiksephora
Share35SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  3. 3

    6 Pencuci Muka Terbaik Di Sephora Dapat Rating Tinggi!

  4. 4

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  5. 5

    Resepi Serawa Durian Paling Ringkas Dan Sedap Di Dunia!

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.