Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Selebriti

‘Buruan’ Jenama Besar, Kenali Putera Diraja Denmark Yang Menjadi Model

by Opie Azizlan
April 14, 2022
Foto - Pinterest

Foto - Pinterest

8
SHARES
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Patutlah jadi model, rupa-rupanya dua putera Denmark ini ada rupa paras yang sangat kacak!

Tiada siapa yang sangka putera diraja boleh jadi model terkenal kan? Beza daripada yang lain, dua putera diraja Denmark yang kacak ini ‘terjebak’ dalam dunia peragaan.

Untuk pengetahuan kamu, si adik yang mengikuti jejak abangnya telah tampil dalam iklan barang kemas mewah Denmark, Georg Jensen awal tahun ini.

Nak tahu putera diraja Denmark yang manakah menjadi bualan ramai kerana wajah dan karier sebagai model?

Antara Pewaris Tahkta Denmark 

Putera Nikolai, 21, dan Putera Felix, 19, merupakan anak kenapa Putera Joachim dan isteri pertamanya iaitu Countess Alexandra dari Frederiksborg.

Info untuk kamu, Putera Nikolai merupakan pewaris ketujuh dan Putera Felix pula pewaris kelapan dalam barisan pewarisan tahkta Denmark.

View this post on Instagram

A post shared by Prins Nikolai Dior (@prinsnikolaidior)

Putera Joachim dan Countess Alexandra telah bercerai pada tahun 2005. Sejak daripada itu mereka telah berkongsi hak penjagaan kedua-dua putera itu.

Setelah Putera Joachim berkahwin baru, Putera Nikolai dan Putera Felix mempunyai dua adik beradik tiri; Putera Henrik, 12, dan Puteri Anthena, 10.

‘Langgar’ Tradisi Keluarga Diraja 

Sedia maklum kita tahu kalau keluarga diraja mesti berkait rapat dengan ketenteraan. Jadi setiap kerabat diraja diarah dan ‘diwajibkan’ melengkapkan kursus latihan ketenteraan selama 2 tahun.

View this post on Instagram

A post shared by Prins Nikolai Dior (@prinsnikolaidior)

Tapi beza pula dengan Putera Nikolai dan Puteri Felix apabila kedua-dua berhenti daripada menjalani kursus ketenteraan selepas dua bulan.

View this post on Instagram

A post shared by Prins Nikolai Dior (@prinsnikolaidior)

Putera Nikolai mengatakan dia tidak dapat merasakan dirinya mempunyai kerjaya dalam bidang ketenteraan. Manakala adiknya, Putera Felix tidak mendedahkan alasan sebenar kenapa dia berhenti.

Pentas Peragaan Jiwa Sebenar 

Putera Nikolai menjumpai minatnya menjadi seorang model selepas dia dipanggil untuk memperagakan jenama Burberry di Minggu Fesyen London 2018.

Foto – Vogue

Sejak daripada itu Putera Nikolai telah menandatangani kontrak dengan agensi permodelan, Scoop Models. Kalau kamu nak tahu, Putera Nikolai juga turut dipanggil untuk menjadi model bagi DIOR tahun 2019 dan 2019 serta wajah depan Vogue Scandivania keluaran Februari-Mac 2022.

Dalam pada masa yang sama menjadi seorang model, Putera Nikolai juga melanjutkan pelajaran di Copenhagen Business School seperti ibunya.

View this post on Instagram

A post shared by GEORG JENSEN (@georgjensen)

Putera Felix pula baru berjinak-jinak dalam dunia peragaan selepas dipanggil untuk memperagakan koleksi Reflect dari Georg Jensen. Selepas peragaan pertamanya, kariernya sebagai model dikatakan sebagai pisang goreng panas apabila dilamar oleh beberapa jenama besar.

Sentiasa Disokong Oleh Ibu Bapa 

Walaupun tidak ditentang oleh kedua-dua ibu bapanya, Putera Nikolai dan Putera Felix dikhabarkan tidak diberikan sebarang pendapatan daripada pewaris takhta oleh keluarga diraja.

View this post on Instagram

A post shared by Prins Nikolai Dior (@prinsnikolaidior)

Kongsi Putera Nikolai semasa membuat keputusan menjadi model, ibu bapanya sangat menyokongnya. Malah kini ibunya menjadi hairstylist peribadi memandangkan rambutnya sering dipotong oleh ibunya sejak kecil lagi.

“Tiada siapa yang menentangnya. Saya perlu buat apa yang saya suka. Jika saya ada pekerjaan baru dalam mana-mana industri atau belajar di universiti, saya perlu jelaskan kepada keluarga saya. Dengan cara yang baik dan jelas.”- Putera Nikolai.

Patutlah boleh jadi model yang berjaya, rupa-rupanya ibu bapa putera-putera ini sangat menyokong keputusan mereka.

Tags: prince felixprince nikolaiputera denmark
Share3SendShare

IKLAN

Artikel Berkaitan

Foto - Getty
Selebriti

Transformasi Baru Millie Bobby Brown Mengejutkan Peminat

by IamLisa
May 17, 2022
0

"OMG! Ini Millie Bobby Brown ke?" Pelakon British Millie Bobby Brown mula-mula mendapat pengiktirafan awam untuk peranannya sebagai Eleven dalam...

Baca Lagi
Foto - @itsmaria.chantal (IG)
Selebriti

Siapa Chanty Videla, Aktres Filipina Bakal Debut Dalam Kumpulan K-POP Lapillus

by Opie Azizlan
May 13, 2022
0

Pasti ramai yang tertanya-tanya selepas melihat wanita yang tinggi lampai ini kan? Kalau kamu nak tahu, wanita tersebut adalah aktres...

Baca Lagi
Foto - Glamour
Selebriti

Setakat Cantik Tapi Berlakon Hambar, Peminat Persoal Bakat Zendaya

by Iza B
May 8, 2022
0

Soal kecantikan, fesyen dan keperibadian Zendaya tidak perlu dipertikaikan lagi. Beliau sering membawa aura glamour, klasik dan friendly pada sesiapa...

Baca Lagi
Foto - Japan Times
Selebriti

Tak Lagi Jadi Puteri Jepun, Ini Yang Dilakukan Oleh Puteri Mako Komuro

by Opie Azizlan
May 3, 2022
0

Fakta: Wanita daripada kalangan keluarga diraja Jepun perlu lepaskan status diraja mereka jika berkahwin dengan lelaki biasa. Manakala lelaki daripada...

Baca Lagi
Artikel Selanjutnya
Diva MY

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: [email protected]




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.