DIVA merupakan pengguna setia Cetaphil Gentle Cleanser, dan tak mungkin akan mencari cleanser yang lain!
Seperti kita sedia maklum, Cetaphil adalah jenama yang begitu terkenal dengan rangkaian produk penjagaan kulit yang telah lama berada di pasaran dan terbukti berkesan.
Membawakan hanya yang terbaik, Cetaphil kini memperkenalkan rangkaian Optimal Hydration, yang memberikan penghidratan sehingga 48 jam.
Rangkaian ini mengandungi kombinasi;
- Inovatif asid hyaluronik yang menambahkan kelembapan secara mendalam
- HydroSensitiv™ Complex, kompleks yang mengandungi bahan-bahan yang melembapkan kulit
- Bunga daisy biru yang melegakan, yang akan membantu menghidrat dan melegakan kulit sensitif secara mendalam.
Cetaphil Optimal Hydration menjanjikan manfaat penjagaan penghidratan yang tahan lama untuk melegakan kulit sensitif dan meningkatkan penghidratan dinamik yang mendalam dengan meningkatkan kandungan air pada kulit dan mengekalkan kelembapan selama 48 jam di bahagian yang memerlukan.
Rangkaian Cetaphil Optimal Hydration
- Optimal Hydration 48 Hour Hydration Serum
Serum ringan yang diserap dengan serta-merta. Mengandungi asid hyaluronik, minyak biji bunga matahari, minyak shea, pro vitamin B5 dan vitamin E.
- Foto – Cetaphil
Bahan ini membantu untuk menambahkan penghidratan kulit secara mendalam selama 48 jam dan memperbaiki kualiti kulit dengan menyeluruh.
- Optimal Hydration Refreshing Eye Serum
- Foto – Cetaphil
Serum mata ini mengandungi asid hialuronik, peptida, jojoba dan ekstrak alga, vitamin B5 dan vitamin E untuk mengurangkan lingkaran gelap dan kesembapan supaya mata kelihatan segar.
- Optimal Hydration Healthy Glow Daily Cream
Krim bertekstur ringan ini mengandungi HydroSensitiv™ Complex, asid hialuronik, niasinamida, vitamin B5 dan antioksidan vitamin E.
- Foto – Cetaphil
Ia untuk meningkatkan penghidratan kulit dengan giat selama 48 jam, dengan kesan yang lebih lama supaya kulit terasa lembut dan halus.
Nak cuba produk baru Cetaphil, anda boleh dapatkan di Watsons, Guardian, Caring dan farmasi utama lain di seluruh negara. Ia juga boleh didapati secara dalam talian di Lazada dan Shopee. Untuk maklumat terkini mengenai Cetaphil, sila ikuti @cetaphilmy di Instagram.