Manis, feminin dengan permainan warna-warna neutral, H&M Spring Beginnings memikat sekali.
Orang kata musim bunga, musim permulaan baru. Melayari gelombang harapan dan positif, H&M dengan bangganya mempersembahkan koleksi kapsul Spring terbaru yang menampilkan nama terhangat Malaysia Aina Abdul, Ain Edruce dan Mimi Lana.
Lihat bagaimana wanita yang memperkasakan ini menerima keperibadian mereka yang dicerminkan melalui pakaian sederhana mereka dan dapatkan kekuatan dari dalam.
Aina Abdul
Penyanyi yang baru sahaja dianugerahkan vokal terbaik dalam Anugerah Juara Lagu adalah seorang penghibur yang cemerlang dan juga jurulatih vokal dan mentor yang memberi inspirasi. Dia cukup terkenal dengan kostum persembahan yang bergaya dan sering unik.
- Foto – H&M
Menurut Aina ketika pelancaran H&M Spring Beginnings, dia tidak percaya bila H&M memanggilnya untuk bekerjasama di samping wanita tinggi lampai Ain Edruce dan Mimi Lana.
Tapi dia bersyukur dan sebenarnya memang cukup menggemari jenama H&M dan koleksi fesyen mereka sudah menjadi sebahagian gaya peribadi.
Ain Edruce
Ain Edruce mula terkenal sebagai salah seorang hos TV hiburan terhangat sebelum mencatat namanya sebagai pelakon dalam drama dan telefilem.
- Foto – H&M
Kata Ain, dia teruja dapat bekerja dengan H&M. Dia sering berangan macam mana perasaannya bila muka menghiasi billboard dan akhirnya mimpi menjadi kenyataan.
IKLAN
Mimi Lana
Model yang menjadi pelakon Mimi Lana telah berlakon dalam pelbagai filem, telefilem, drama dan drama web menjadikan dia antara wajah yang paling dikenali dalam industri hiburan tempatan.
- Foto – H&M
Mimi Lana bersyukur dan gembira atas pemilihan yang tidak disangka-sangka ini. Dia turut menambah, dalam fesyen hariannya, mesti ada sekurang-kurangnya item dari H&M, sama ada pakaian, aksesori, atau pun kasut.
H&M Spring Beginnings menampilkan blouse dan seluar palazzo yang flowy, baju lembut, blazer berstruktur tetapi bersaiz besar, perincian ruffled dengan aksen denim. Kebanyakan pakaian diperbuat daripada 100% kapas organik atau campuran kapas dan linen.
Embrace #HMSpringBeginnings with Ain Edruce, Aina Abdul and Mimi Lana. Collection now available in #HMMalaysia stores and on https://t.co/vX1BJODnBs. pic.twitter.com/HYp4YAasrt
— H&M Malaysia (@hmmalaysia) April 7, 2022
Direka khas untuk wanita moden dalam gaya yang sopan, koleksi ini adalah tentang menyerlahkan kecantikan dalaman anda dan memperkasakan wanita.
Kini tersedia dalam talian di hm.com dan di kedai.