Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Fesyen

#DIVAKongsi Idea Styling Tudung Untuk Hari Raya Nanti, Sekelip Mata Siap!

by Soph.Azz
April 13, 2022
Foto - @sofeashra (IG)

Foto - @sofeashra (IG)

60
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Macam sebelum-sebelum ini, bila tibanya Hari Raya pasti akan ada trend atau idea styling tudung yang berbeza. Ada yang selempang, berbelit dan ada yang letak sahaja di kepala dan siap!

Untuk edisi Hari Raya 2022 kali ini, DIVA nak kongsikan beberapa idea styling tudung. Yang penting kamu boleh nampak menarik dan paling bergaya semasa Hari Raya nanti.

Psst… Sebelum itu DIVA nak beritahu kebanyakan idea styling yang dikongsi ini merupakan inspirasi daripada seorang pengguna TikTok & IG, Sofea Shra. Nampak kemas dan terletak elok je!

#1 Gaya majlis perkahwinan tapi versi Hari Raya 

@sfeashraa

Reply to @sfeashraa hijab tutorial utk pegi wedding!!

♬ original sound – Sofea – Sofea Shra

Cara-caranya: 

  1. Ambil selendang dan pastikan kedua-dua bahagian sama panjang.
  2. Kemudian tarik selendang rapat ke muka pada satu bahagian dan jangan tutup anting-anting.
  3. Pin tudung tersebut di atas anak tudung. ‘
  4. Di sebelah bahagian lagi, tarik dan pin di atas anak tudung. Tapi ingat ketika nak pin, pin di bahagian belakang telinga ye.
  5. Ambil lebihan selendang di (2) dan bawa ke belakang.
  6. Lebihan tudung (4) pula selempangkan di atas (5).
  7. Akhir sekali, ikat di bahagian belakang dan siap.

#2 Gaya 3 keronsang 

@sfeashraa

skillz to pay d billz 👉🏻😎👉🏻

♬ original sound – sofea – Sofea Shra

Cara-caranya: 

  1. Samakan panjang selendang pada kedua-dua bahagian dan bawa ke belakang.
  2. Pin dengan kerongsang ikut keselesaan, jangan terlalu ketat dan longgar.
  3. Bawa lebihan selendang ke hadapan dan tarik sedikit selendang atas ke bahagian depan kepala, kemudian kerongsangkan di bawah dagu.
  4. Selempangkan kedua-dua bahagian ke belakang dan kerongsangkannya.
  5. Akhir sekali ikat di belakang dan kemaskan bahagian depan.

#3 Gaya bawal ikat belakang 

@sfeashraa

IKLAN

Reply to @matchaitcha Here you goooo🤍 bawal from Ameera Zaini!

♬ เสียงต้นฉบับ – Melayu station 9 🌷 – Melayu station 9 🌷

Cara-caranya: 

  1. Lipat bawal menjadi tiga segi dan biarkan kedua-dua bahagian sama panjang.
  2. Bawa kedua-dua bahagian ke belakang dan pin.
  3. Selepas pin, lipat di bahagian tepi dan pin sekali lagi di atas anak tudung.
  4. Bawa satu bahagian ke belakang dan pin dekat kolar baju.
  5. Satu bahagian lagi bawa ke belakang dan ikat bersama lebihan tudung yang dipin di (4).

#4 Gaya elegan & sofistikated 

@sfeashraa

i breathe hijab tutorials at this point

♬ 1000tahun lamanya by tulus – finn emosi

Cara-caranya: 

  1. Biarkan sebelah selendang pendek dan sebelah lagi panjang. Bawa ke belakang.
  2. Rapatkan selendang ke muka dan pin di belakang.
  3. Bawa lebihan selendang ke depan, lipat tepi dan pin bagi kemas.
  4. Ambil bahagian yang panjang dan lilitkan ke atas.
  5. Pin di bahagian tepi, kemaskan dan siap!

#5 Gaya bawal ikat di depan 

@sfeashraa

Another chatty bawal tutorial for you girls🤍 printed bawal from kuntom.kl

♬ original sound – Sofea – Sofea Shra

Cara-caranya: 

  1. Lipat segi tiga, biarkan sebelah bahagian jadi pendek dan panjang.
  2. Kemudian pin di bawah dagu dan lipat ikut bentuk muka.
  3. Bahagian panjang tersebut lilitkan di leher dan bawa semula ke hadapan.
  4. Ambil bahagian pendek dan ikat bersama lebihan bahagian panjang.
  5. Kemaskan dengan pin jika perlu.

Sebelum putuskan gaya yang mana sesuai untuk kamu Hari Raya nanti jangan lupa untuk cuba satu-satu dulu okay?

Tags: @sofeashra#divakongsiidea gaya tudungtudung raya
Share24SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    #DIVAKongsi Idea Styling Tudung Untuk Hari Raya Nanti, Sekelip Mata Siap!

  3. 3

    Ini Mungkin Salon Pertama Yang Menawarkan Khidmat Jururias ‘Lelaki Sado’

  4. 4

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  5. 5

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.