Kadang-kala bila sudah bersiap sakan dengan pakaian atau aksesori seperti gelang tangan, rantai dan sebagainya, masih ada rasa yang kurang. Hmm…
Makin difikir makin tiada jawapan, jadi jangan buang masa kerana DIVA tahu apa penyelesaiannya! Jawapannya adalah tambahkan sentuhan akhir pada penampilan kamu dengan cermin mata dari jenama Luxottica.
Nak tahu yang mana satu sesuai dengan penampilan kamu semasa Ramadan ini, scroll dan lihat di bawah;
Gaya Retro Ala-Ala Tahun 60-an & 70-an
Siapa yang sukakan gaya retro di sekitar tahun 60-an dan 70-an, cuba kenakan cermin mata jenis ini. Berbingkai nipis dan reka bentuknya yang unik dapat serlahkan sisi lain diri kamu.
- Coach HC8329 / Coach HC8326
Padankan cermin mata ‘retro’ ini dengan gaya moden kamu, barulah nampak bergaya habis!
IKLAN
Lebih Berani Dengan Gaya 90-an
Imbas semula tahun 90-an dengan cermin mata berbentuk mata kucing, yang menonjol dan berantai.
- Prada PR09YS / Oakley OX8028
Untuk gayakan cermin mata ini, DIVA syorkan untuk kamu padukan cermin mata ini dalam warna pilihan kamu dengan baju kurung, kaftan atau baju Melayu.
Moden & Minimalis Dengan Reka Bentuk Abad Ke-21
Sesuai untuk si fashionista, tambahkan cermin mata reka bentuk ini dalam OOTD kamu. Walaupun nampak moden, tapi kamu dapatkan kekalkan gaya minimalis dalam fesyen kamu.
- Ray-Ban RB3447 / Oakley OO4147 / Vogue Eyewear VO4227S
Rasa rugi kan kalau tak grab satu cermin mata daripada Luxottica kan? Jadi cepat-cepat beli sebelum habis!