Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Fesyen

“Lebih Ringan & Laju”- Kasut UA Flow Velociti Wind 2 Yang Baru Ini Nampak Best!

by Soph.Azz
April 12, 2022
Foto - Under Armour

Foto - Under Armour

11
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Jenama Under Armour (UA) kini memperluaskan koleksi kasut lariannya, UA Flow Velocity Wind kepada UA Flow Velocity 2 baru-baru ini. Kasut larian terbaru ini dikeluarkan kerana mahu membawa pelari ke tahap yang lebih pantas tanpa sebarang gangguan.

UA Flow Velocity Wind 2 ini menampilkan kompaun tapak tengah tunggal, ultra-responsif dan tahan lebih lama seperti koleksi sebelum ini. Yang bestnya, koleksi UA Flow ini mengurangkan berat secara drasik untuk buatkan larian jadi lebih ringan dan laju!

Sebelum itu, kenali dulu apa itu UA Flow…

Bagi kamu yang tidak tahu apakah bezanya UA Flow dengan koleksi kasut sukan yang lain, DIVA kongsikan beberapa info menarik mengenainya;

Foto – Under Armour
  • UA Flow tidak menggunakan tapak luar getah dan lebih ringan daripada kasut larian lain.
  • Menggunakan teknologi tapak tengah paling ringan iaitu kusyen dan lebih tahan lama serta tidak menyakitkan ketika berlari.
  • Memberikan pelari tenaga dan kelajuan yang konsistensi serta melindungi kaki pelari.

Perincian baru ditambah dalam UA Flow

Kasut UA menampilkan beberapa perincian baru seperti UA Warp iaitu menyesuaikan bentuk kasut dengan kaki pelari sepanjang penggunaannya.

IKLAN

Uniknya kasut sukan ini, ia mempunyai pita sokong seperti tali pinggang pada kaki. Jadi pita akan menjadi tegang dan ‘membalut’ kaki dengan kemas apabila berlari dan kembali relax selepas tidak gunakannya.

Foto – Under Armour

Bahagian atas UA Warp pula akan bergerak serentak dengan kaki, menyokong setiap langkah dan tidak menghalang pergerakan semula jadi kaki.

Seterusnya perincian terbaru lain adalah Tatami Stitch Heels yang menjadi penyelesaian premium. Fungsi perincian ini adalah untuk berikan penguncian yang konsisten di sekeliling tumit serta sockliner EVA yang lebih selesa dan keanjalan kusyen.

Foto – Under Armour

Dihadirkan dalam 7 warna berbeza, dapatkan sepasangan kasut UA Flow Velociti Wind 2 dengan harga RM649 [Lelaki / Wanita].

Tags: ua flow velociti wind 2Under Armourunder armour flow velociti wind 2
Share4SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  3. 3

    “Lebih Ringan & Laju”- Kasut UA Flow Velociti Wind 2 Yang Baru Ini Nampak Best!

  4. 4

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  5. 5

    Aircond ‘Off’ Dengan Sendirinya, Ini Sebab Kena Tahu

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.