Pejam celik pejam celik, tak lama lagi nak raya. Macam mana persiapan Raya? DIVA nak tanya tahun ini balik kampung mana? Dua tahun tak balik kampung beraya, jangan pula balik dengan tangan kosong. Carilah buah tangan biar orang kampung gembira dan bahagia melihatnya.
Kalau tak idea untuk buah tangan raya, pertimbangkan hadiah istimewa dari Dignity for Children Foundation (Dignity).
Raya Gift Boxes Buat Seisi Keluarga Gembira
Disediakan dengan penuh kasih sayang oleh sew X dignity dan bake X dignity, perusahaan di bawah Dignity for Children Foundation (Dignity), Raya Gift Boxes ini sangat bermakna sekali.
Raya Gift Boxes terdiri daripada dua balang biskut dengan set sampul raya boleh didapati pada harga RM110 sekotak.
- Foto – Dignity for Children Foundation
Untuk biskut, anda boleh memilih dua daripada empat perisa ini, Signature Chocolate Chip Cookies, Honey Cornflake Clusters, Pineapple Jam Tarts atau Butternut Cookies. Semua biskut dibuat oleh perantis muda bake X dignity.
bake X dignity juga merupakan sekolah yang menggabungkan pembelajaran akademik dengan kemahiran hidup, menjadikan pendidikan lebih holistik dan relevan.
- Foto – Dignity for Children Foundation
- Foto – Dignity for Children Foundation
Set Sampul Raya didatangkan dalam dua rekaan iaitu Ikat dan Songket. Diperbuat daripada fabrik kitar semula dan tempatan, sampul raya dijahit oleh pelajar Dignity sendiri dan ibu pelarian dari sew X dignity.
“Raya ini, kami sangat gembira kerana dapat menawarkan hadiah kepada rakyat Malaysia yang benar-benar kreatif dan berperisa tempatan.
“Mereka juga memberi peluang kepada usahawan untuk mencari rezeki dengan penuh kebanggaan dan maruah melalui kemahiran yang akan melengkapkan mereka seumur hidup,” kata Natalie Tan.
Nak buat pesanan Raya Gift Boxes, klik link ini.