Sepanjang bulan Ramadan ini ada tak kamu kunjungi beberapa pusat beli-belah di sekitar Kuala Lumpur?
Jika belum menjejaki kaki ke mana-mana pusat beli-belah, Pavilion REIT Malls dengan terujanya mengajak kamu untuk lawati tiga pusat beli-belah ini.
Selain boleh beli-belah untuk persiapan Hari Raya dan melihat dekorasi Raya yang extravaganza. Kamu juga berpeluang untuk nikmati semua tawaran menarik di sini.
Nak tahu lebih lanjut, scroll sampai habis okay?
PAVILION KUALA LUMPUR
Di sini, Pavilion KL telah bekerjasama dengan Kedutaan Iran untuk ‘Eid In Harmony’. Kerjasama ini membentuk satu pameran silang budaya antarabangsa yang raikan pelbagai warisan, budaya dan tradisi Malaysia-Iran.
Selain kraftangan Iran dan persembahan muzik, kamu juga boleh membeli-belah di beberapa butik popular seperti Variante, Arzu dan Arabian Oud.
Untuk buka puasa pula,nikmati hidangan Timur Tengah di Restoran Al Halabi Gourmet dan kafe kopi-pencuci mulut, The Coffee Academics.
Tawaran Menarik:
- Perbelanjaan minimum RM150 (atau RM100 dengan Kad Kredit atau Caj Maybank), pembeli akan menerima sampul raya eksklusif bermotifkan seni bina Iran-Malaysia.
- Baucar makan RM20 percuma diberikan pada perbelanjaan minimum RM200.
- Perbelanjaan minimum RM300, pembeli akan menerima set peralatan mandian dan hadiah.
- Pemegang kad Maybank akan menerima 1 set kelengkapan makan Corelle Livingware percuma dengan pembelian RM1000 dalam satu resit.
- Untuk setiap pembelian RM2000 dalam satu resit, pemegang kad Maybank akan menerima Vision Casserole Dish percuma.
INTERMARK MALL
‘Meriah Raya’ di Intermark Mall diinspirasikan daripada seni dan permainan tradisional Malaysia; Wayang Kulit, Batu Seremban, Congkak dan banyak lagi.
IKLAN
Untuk juadah Raya, kunjungi Grocer’s Raya Delectable Pop-Up, Concourse Level bermula 11 April hingga 1 Mei. Baju raya atau hadiah kraftangan Raya pula boleh didapati di Meriah Raya Pop-Up, Ground Atrium (8 April-8 Mei).
Manakala untuk hiasan rumah, dapatkan item menarik di Pameran Hiasan Raya by Living Circles Concept, Ground Floor dari 8 April hingga 8 Mei.
Tawaran Menarik:
- Pembelian RM200 ke atas dalam satu resit boleh tebus set Sampul Raya eksklusif dan berpeluang menang baucer makanan.
- Perbelanjaan RM500 ke atas dalam dua resit terkumpul boleh tebus satu set Sampul Raya eksklusif dan 6 set kelengkapan kaca Hi-Ball Ocean Ivory.
DA MEN USJ
Dengan adanya ‘Bestnya Raya!’ sehingga 31 Mei ini, Da Men USJ menampilkan pelbagai perabot ikonik, fesyen batik moden dan juadah istimewa Raya.
Dapatkan koleksi fesyen batik daripada pelajar Kolej INTI dan Cynta Exclusive di Pameran Pakaian Batik di Tingkat Bawah. Di Atrium Tingkat Bawah pula, dapatkan semua keperluan raya termasuklah baju raya di Bestnya Raya! Bazar.
Untuk kanak-kanak, sertai aktiviti yang menyeronokkan di Bengkel Seni Raya bersama Global Art pada 16, 23, 39 April bermula 2 petang hingga 5 Petang. Jangan ketinggalan untuk saksikan persembahan muzik lagenda rock ’90-an seperti Man Bai, Along Exists dan Mohar Mohram pada 24 April, 2 petang.
Tawaran Menarik:
- Perbelanjaan RM50 dalam satu resit di seluruh pusat beli-belah, pembeli akan terima set eksklusif sampul raya dan sekotak pelitup muka edisi Hari Ray Neutrovis pada harga RM10.
- Perbelanjaan RM180 di seluruh pusat beli belah (RM280 dengan resit Jaya Grocer), pembeli berpeluang dapat baucar F&B dan tikem filem Dadi Cinema yang eksklusif.
- Untuk peraduan eksklusif, DA MEN Usj akan berikan tiket Dadi Cinema bernilai RM6500, iaitu pembeli perlu hantar peraduan dengan perbelanjaan minimum RM50 dalam satu resit dan berpeluang terima tajaan tiket wayang selama 1/2 tahun.
Sambil membeli-belah barangan Hari Raya, jangan pula kamu lepaskan peluang untuk menikmati pelbagai tawaran menarik yang ditawarkan. Selamat membeli-belah!